Meghan Markle sudah tidak tahan lagi dengan sikap bapanya, Thomas Markle yang seolah-olah menjadi mangsa keadaan, lapor Mirror.
Markle, sebelum ini mendakwa isteri kepada Putera Harry itu telah membuangnya dari kehidupannya. Malah, dalam beberapa wawancara, Markle, 74, bersungut mengenai hubungannya dengan Meghan yang semakin renggang.
Menurut sumber, Meghan bagaimanapun tidak akan mempercayai bapanya lagi memandangkan ini bukan kali pertama bapanya berkelakuan sedemikian.
"Sudah, cukup!
"Meghan berkata, dia hanya mahukan bapanya 'berhenti mereka cerita' kepada pihak akhbar. Itulah satu-satunya hadiah hari jadi yang dia mahukan daripada bapanya," kata sumber kepada Daily Mail.
Memetik Mirror, sumber terdekat Duchess of Sussex itu berkata, Meghan masih tiada perancangan untuk menghubungi bapanya dalam masa terdekat.
Kredit foto: Mirror
"Dia sangat terluka dengan apa yang sudah dilakukan Markle, malah dia juga khuatir jika Markle akan membocorkan butir perbualan mereka kepada pihak lain," kata sumber.
Markle sebelum ini mendakwa dia bimbang sekiranya tidak dibenarkan bertemu dengan cucunya kelak.
Terdahulu, Markle didedahkan telah membayar paparazzi untuk menyebarkan beberapa gambar palsu sebelum majlis perkahwinan Meghan.
Sejak itu, dia kerap melanggar protokol diraja dengan mendedahkan perbualan peribadinya antara dia dan Putera Harry.
Kredit foto: IG Kensington Palace
Selain bapanya, kakak Meghan, Samantha Markle juga sering memburuk-burukkannya kepada pihak media sejak pernikahannya dengan Duke of Sussex itu. - CARI |