CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2148|Reply: 12

Mewah Hasil Kegiatan Jenayah, 'Sami Louis Vuitton' Dipenjara 114 Tahun

[Copy link]
Post time 10-8-2018 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bekas sami Buddha Thailand telah dijatuhkan hukuman penjara selama 114 tahun oleh mahkamah.


Reuters menyatakan, sami tersebut telah mencetuskan kemarahan umum kerana menunjukkan gaya hidup mewah.


Dia didapati bersalah dalam sindiket penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah digital.


Kegiatan Wirapol Sukphol pernah didedahkan pada tahun 2013, apabila dilihat membawa beg Louis Vuitton dalam sebuah jet peribadi, sambil memegang wang tunai yang banyak dan memakai cermin mata hitam berjenama mewah.

Foto: Channelnewsasia.com


Dia telah terbang ke Amerika Syarikat dan kemudian kembali ke Thailand pada Julai 2017 selepas diekstradisi.


Selepas video tersebut tular, Wirapol, atau dikenali dengan nama Luang Pu Nenkham sewaktu di kuil, telah dibuang status sami pada 2013


Dia juga didakwa melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.


Mahkamah jenayah di Bangkok menjatuhkan hukuman penjara 114 tahun, namun hanya perlu menjalani hukuman selama 20 tahun kerana undang-undang Thailand menetapkannya sebagai tempoh maksimum bagi kesalahan sama yang dilakukan berulang.


pegawai dari Jabatan Guaman Khas berkata, “Dia terlibat dalam sindiket penipuan kerana mendakwa dirinya mempunyai kuasa istimewa yang berupaya menarik perhatian orang (pelaris) dan dia juga telah membeli banyak kereta mewah yang dilihat sebagai kesalahan pengubahan wang haram." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan islam je ada penunggang agama...
Buddha pun ada juga rupanya..
Cuma jarang2 kot, tak biasa macam islam
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 01:57 PM | Show all posts
wah2.. mewah btol hidup ko
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 10-8-2018 01:48 PM
Ingatkan islam je ada penunggang agama...
Buddha pun ada juga rupanya..
Cuma jarang2 kot, tak bias ...


Ekceli, tak jarang pon if weols hidup di kalangan depa. Sami mencurik? Biasa. Sami tengok porn? Biasa. Sami pedo kaki liwat bebudak? Biasa. Sami kaki dera fizikal, seksual, mental bebudak? Biasa.

Asal namanya penganut agama samada agama betol ka sesat ka takda yang suci.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 02:02 PM | Show all posts
ni patot g anta bagi kat hantu lapar...jadi hantu pokok baru padan muka #filmthai4bia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2018 02:30 PM | Show all posts
beli barang2 mewah..baju je takyah hahahah kain oren cukup
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bebetul penunggang agama {:smile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyuk..walaupun
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha. Kelakar la sami ni. Guna barang branded tp baju kain oren je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni contoh penonggeng ugama. Tpi kalau lobai penonggeng ugama di tanah ayer ramai dipuja disanjung tinggi macam tuhan. Kalau kritik sikit jah terus kena cop kaper harbi, apatah lagi kalau mengambil tindakan smpai jel beratus tahun, mau revolusi terus para lobai teroris ni akan kerjakan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
First time dgr sami as penunggang agama at its best. Mewahnye idop kamu bangggggg.{:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 12:36 AM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 10-8-2018 11:52 PM
Ni contoh penonggeng ugama. Tpi kalau lobai penonggeng ugama di tanah ayer ramai dipuja disanjung ti ...

hahahha..this i like!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.267335 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list