Kredit foto: Google
Kini, sebarang pembelian pelbagai jenis barang menjadi lebih mudah dengan adanya sistem pembelian secara online. Barang yang dahulunya dianggap susah untuk diperoleh atau jauh berada di luar negara, tetapi dengan adanya kemudahan internet, kita boleh mendapatkan apa sahaja barang yang kita mahu. Barang-barang yang dibeli akan dihantar melalui syarikat-syarikat kurier yang menyediakan perkhidmatan penghantaran.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat kurier telah membuat beberapa peraturan tentang barang-barang yang hendak dihantar kepada penerima. Tetapi, oleh kerana barang-barang yang ingin dihantar itu perlu dibungkus dengan rapi dan tertutup, kadang kala pekerja di syarikat kurier tidak mengambil tahu atau terlepas pandang mengenai jenis barang yang ingin dihantar oleh pelanggan.
Seorang pengguna twitter memuat naik status menceritakan tentang pengalaman adiknya yang bekerja di sebuah syarikat kurier. Ada juga netizen yang mengirim binatang hidup melalui penghantaran biasa. Masa penghantaran yang mengambil masa selama beberapa hari pasti membuatkan binatang tersebut mati sebelum sampai kepada penerima.
Kenapa bodoh sangat?
Netizen yang membaca status twitter ini mengecam tindakan mereka yang mengirim binatang melalui perkhidmatan kurier tersebut. Bagaikan tidak masuk akal apabila mengirim binatang yang hidup dan pastinya memerlukan oksigen untuk bernafas tetapi dibungkus rapi dan tertutup semasa proses penghantaran.
Kesian pada abu mayat
Netizen turut memberi komen tentang netizen yang mengirim abu mayat. Sepatutnya pengirim perlu teliti dan membalut dengan kemas supaya abu mayat tersebut tidak pecah dan terkeluar daripada bungkusannya memandangkan ia adalah sesuatu yang amat penting bagi menyempurnakan urusan orang yang sudah meninggal.
Selamat terima ikan laga yang di pos
Tapi, rupanya ada netizen yang mempunyai pengalaman membeli ikan laga dan menjual anak pokok secara online. Barang yang dikirim selamat diterima dalam keadaan baik. Itu dikira rezeki merekalah kan? Cuma apa-apa risiko perlu ditanggung oleh penerima barang tersebut.
Walaupun pihak syarikat kurier menggariskan beberapa panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatann mereka, tetapi pengirim tetap bertindak dengan sesuka hati. Jangan pula apabila barang yang dikirim rosak atau mati, pihak syarikat kurier pula yang dipersalahkan kerana tidak cermat dan lewat membuat penghantaran. - CARI |