|
Gempa bumi di Lombok yang berlaku baru-baru ini menggemparkan seluruh dunia dan pelbagai pihak datang membantu mangsa-mangsa kejadian termasuklah kerajaan Malaysia.
Antara yang turut membantu adalah artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang menyertai sebuah majlis lelongan di Kranggan, Jawa Barat.
Foto: IG Krisdayanti
Kasut Christian Louboutin yang pernah dipakainya dilelong pada harga 6 juta rupiah iaitu bersamaan RM1,600.
"Saya mahu melelong kasut yang dibuat di Itali ini, saya pernah memakainya beberapa kali sahaja sebelum ini," kata Kris.
Foto: Astro Gempak
Antara barang peribadi lain yang dilelong adalah beberapa gaun yang pernah dipakai untuk majlis-majlis eksklusif di Indonesia.
Krisdayanti antara artis paling hebat popularitinya dan turut baik budi pekertinya. Diharapkan bantuan Krisdayanti dapat serba sedikit meringankan beban mangsa kejadian. - CARI |
|