CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 1

[Tempatan] Najib harus ikut jejak Dr M, jarakkan diri dari Umno - Nazri Aziz

[Copy link]
Post time 14-8-2018 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-8-2018 11:50 AM

Najib harus ikut jejak Dr M, jarakkan diri dari Umno - Nazri

https://www.malaysiakini.com/news/438894

Anne Muhammad  |  Diterbitkan 14 Ogs 2018, 6:24 petang  |  Dikemaskini 14 Ogs 2018, 6:27 petang





Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini lima bulan lalu, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata bahawa beliau akan meninggalkan dunia politik apabila tirai kerjaya politik Datuk Seri Najib Razak dilabuhkan.

Ketika itu, menteri pelancongan, kebudayaan dan kesenian tersebut menyifatkan bekas perdana menteri berkenaan sebagai "rakan rapat" yang dikenalinya selama empat dekad.

Tirai berkenaan akhirnya dilabuhkan pada 9 Mei 2018.

Kini, Nazri yang dianggap lantang suatu ketika dahulu mahu Najib supaya menjarakkan dirinya dari Umno bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Menurut anggota parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memimpin Umno pada 2004.

“Jadi dalam masa yang sama sekarang Zahid dah jadi presiden, dan saya setuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin, Tan Sri Annuar Musa bahawa sebenarnya Najib mesti ikut apa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir dan Pak Lah (Abdullah) dulu.

“Kena bagi ruang sepenuhnya kepada Zahid sebagai presiden baru. Sudah tentulah Zahid dia segan nak cakap, ini bukan soal setia atau tak setia.

“Ini soal sayang parti apatah lagi sekarang ni Najib didakwa jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada presiden baru untuk bergerak ke hadapan susahlah kita,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Nazri yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata jika Najib tidak menjarakkan dirinya dari Umno, sedikit sebanyak parti itu akan terjejas memandangkan beliau berdepan dengan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Nazri berkata demikian selepas diminta mengulas analisis Awang Selamat di akhbar Utusan Malaysia yang juga adalah lidah rasmi Umno.
Penulis pojok itu meminta Najib menjarakkan diri daripada saf hadapan Umno supaya kepimpinan baru dapat meneruskan perjuangan parti dengan wajah baru.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan bekas presiden mereka.

Beliau juga menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai "beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

Selain itu, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik juga menyuarakan pendapat sama. Malah katanya, kepimpinan Umno mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan bekas presidennya, Najib.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, jika Umno gagal menjarakkan diri dari Najib, parti itu sukar bergerak ke hadapan.

“Ya, iyalah macam kita susah (nak bergerak ke depan) selagi dia tidak let us free, kita masih lagi bawah shadow dia, jadi dia kena faham, dia kena ikut jejak Dr Mahathir dan Pak Lah. Ini bukan satu benda nak persoalkan kesetiaan ini sayang pada parti.

“Saya percaya Dr Mahathir Pak Lah sayang pada parti sebab tu mereka menjauhkan diri takut-takut apa yang stigma mereka akan terpalit pada parti, jadi saya rasa dia kena buat perkara sama kalau sayang parti,” katanya.

Nazri berkata, agak sukar mengarahkan Najib berbuat demikian kerana beliau adalah bekas ‘bossnya’.

“Jangan tunggu sampai kita suruh, dia kena faham, tak elok untuk parti tapi selagi tak boleh disassociate maknanya parti akan terpalit dan sukar untuk kita move on,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 07:51 AM | Show all posts
rasanya ini lumrah sifat manusia biasa....banyak aku kenal bosses GLC & swasta...dah naik pangkat masih nak pegang tanggungjawab lama..sukar nak lepaskan bayang bayang lama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list