Walaupun tidak ada sebarang kajian saintifik untuk menyokong dakwaan mereka, penjual kelapa bakar di Jalan Sulaman,berdekatan Kg. Salut, Tuaran menyatakan sajian kelapa bakar ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.
Kredit Foto: Sabah Eats
Kelapa bakar dikatakan dapat meningkatkan daya tahan tubuh, rawatan masuk angin, membantu menurunkan paras gula dalam pesakit diabetes, membantu melawaskan batu karang, dan berkhasiat untuk ibu-ibu yang mengandung atau ingin mengandung.
Kredit Foto: Blog Jess Kitchen Lab
Pengunjung boleh menikmati kesegaran kelapa muda, puding mahupun kelapa bakar, tiga menu yang paling mendapat sambutan.
Kredit Foto: Berita Harian
Selain kelapa bakar, pengunjung juga boleh menikmati lokan panggang yang disediakan secara tradisi, iaitu dipanggang di atas kepingan zink dan menggunakan kayu api.
Uniknya hampir setiap gerai di sepanjang jalan ini mempunyai resipi sambal masing-masing.
Kredit Foto: BorneoEscape
Bagi kelapa muda segar, harganya dijual sekitar RM3 sebiji dan manakala kelapa bakar dijual pada harga RM4 sebiji.
Lokan pula dijual pada harga RM7 selonggok (saiz kecil), RM10-12 (sederhana) dan RM15 (besar).
Kredit Foto: Berita Harian
Jadi jangan lupa berkunjung ke gerai Jalan Sulaman ketika berkunjung ke Negeri di Bawah Bayu! - CARI |