Berita pertunangan penyanyi Justin Bieber dan model Hailey Baldwin memang mengejutkan ramai pihak. Ini kerana Justin sendiri mempunyai hubungan on-off dengan penyanyi Selena Gomez.
Tetapi nampaknya walaupun mereka bertunang dengan cepat, mereka tidak mahu tergesa-gesa melangsungkan perkahwinan .
Kredit Foto: The Indian Express
Sumber People memberitahu, walaupun pasangan itu tidak mahu pertunangan yang panjang, mereka juga tidak mahu melangsungkan perkahwinan pada masa yang terdekat ini.
Pasangan itu dikatakan mahu menikmati alam pertunangan dahulu. "Kami berdua masih muda," demikian jawapan yang diberikan mereka kepada paparazi apabila ditanya tarikh perkahwinan.
Kredit Foto: Pop Buzz
Sumber bagaimanapun tidak mengetahui kenapa tiba-tiba mereka menunda tarikh perkahwinan. Sebelumnya, pasangan itu dilihat menangis bersama minggu lalu ketika berehat di sebuah taman.
Ini menyebabkan gossip bertebaran menyatakan pasangan itu dilanda krisis selepas bertunang beberapa minggu.
Kredit Foto: Radar Online
TMZ pula melaporkan Justin memberitahu mereka menangis kerana terharu membaca sebuah buku motivasi perkahwinan bertajuk "The Meaning of Marriage: Facing the Complexities of Commitment with the Wisdom of God."
Justin memberitahu bahawa sama seperti orang lain kadang-kadang mereka rasa tertekan dan kadang-kadang mereka rasa gembira.
Kredit Foto: Amazon.com
Nampaknya tidak kesampaianlah nak melihat Justin dan Hailey menutup tirai 2018 dengan perkahwinan yang pasti menjadi buah mulut Hollwood nanti. -CARI |