CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14091|Reply: 25

Apa Tempat Makan Yang Best Di Ipoh? Jom Kita Serbu Komer.....!

[Copy link]
Post time 20-8-2018 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Bandar Ipoh sememangnya dikenali sebagai syurga makanan khasnya untuk golongan yang sangat meminati makanan tempatan mahupun antarabangsa. Sebut sahaja nasi 'ganja', satu Malaysia sanggup turun padang ke Ipoh semata-mata untuk merasai sendiri keenakan hidangan tersebut yang pastinya membuatkan anda ketagih untuk turun ke Ipoh lagi.



Sekiranya anda ke Ipoh, jangan lupa untuk singgah ke restoran-restoran di bawah ini!



Restoran New Hollywood



(sumber foto: Google)



Terletak di Taman Canning, restoran New Hollywood sememangnya popular di kalangan warga Ipoh. Menyajikan kepelbagaian menu sarapan dari hidangan Melayu, Cina dan juga India, antara menu wajib yang perlu anda cuba apabila bersarapan di sini adalah Chee Cheong Fun versi Hong Kong yang menjadi kegemaran pengunjung di restoran ini.



Dibuka seawal jam 5 pagi, anda juga boleh mencuba nasi lemak, mee kari, roti canai, yong tau fu dan sebagainya yang disediakan mengikut citarasa anda.





Nasi Vanggey (Ganja) Original, Restoran Yong Suan




(sumber foto: Google)



Di Ipoh, terdapat banyak restoran mamak yang menjual nasi vanggey. Tetapi hanya di Restoran Yong Suan, Jalan Yang Kalsom sahaja yang tular di seluruh Malaysia, dan pastinya anda boleh merasakan kenikmatan sebenar nasi 'ganja' original yang menjadi sebutan ramai di sini. Kebiasaannya, kedai ini akan dipenuhi oleh orang ramai seawal jam 9 pagi hanya untuk mendapatkan nasi 'ganja' sebagai makanan tengah hari mereka!





Dataran Ipoh



(sumber foto: Google)



Mencari 'port' makan malam yang meriah dan lazat? Jangan lupa singgah ke Dataran Ipoh, di mana terdapat pelbagai jenis gerai yang menyediakan aneka jenis hidangan dari Char Kway Teow sehinggalah sate! Antara gerai yang paling popular di Dataran Ipoh ini, sudah tentu gerai bihun sup Mak Endah yang kebiasaannya penuh dikunjungi penggemar bihun sup ayam dari seluruh Malaysia!





Moven Peak Restaurant



(sumber foto: Google)



Untuk mereka yang menggemari hidangan ala 'shabu-shabu', anda boleh mengunjungi Restoran Moven Peak yang juga terletak di area Greentown Bussiness Center, Ipoh. Pelbagai hidangan yang berkonsepkan buffet dari hidangan barat dan juga tempatan boleh didapati di sini.





MIKER



(sumber foto: Google)



Restoran MIKER yang terletak di Padang Ipoh ini menawarkan pelbagai jenis makanan dan antara menu yang wajib dicuba di sini ialah tomyam yang dihidangkan di dalam buah kelapa! Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan barat seperti chicken chop, fish and chip dan sebagainya yang seringkali menjadi pilihan warga Ipoh.





Restoran M Salim




(sumber foto: Sakthi Life Blog)



Bagi mereka yang meminati makanan India, datanglah ke Restoran M. Salim yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh dan rasakan capati terbaik di Ipoh yang sangat empuk, enak dan masih panas ketika dihidangkan di hadapan anda. Lengkapkan capati anda dengan sambal Salim yang lazat dan kuah sardin yang enak. Jangan lupa untuk 'order' Kopi Salim yang sedap untuk diminum di waktu pagi!





Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang sedap-sedap belaka di Ipoh. Tetapi senarai di atas pastinya menjadi pilihan penulis untuk dicadangkan kepada mereka pencinta makanan di seluruh Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Jom komer kita pakat serbu Ipoh! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2018 06:48 PM | Show all posts
dah lama teringin Nasi Vanggey (Ganja) Original
tapi sentiasa ada perbarisan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran yong suan tu ada satu je ke? Tak de cawangan ke? Haritu gi sana, tanya kenalan, dia kata yong suan tu sama dgn restoran vanggey kat jalan ape ntah. I pon dah tak ingat. Tapi sedap, ok la....

New hollywood tu i suka gi sana. Sebab seleksi makanan dia best. Tapi jenuh nak cari meja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nasi ganja yg kat perlis lg layan bak ang.

murah pun murah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama iols.kawen.dgn org.ipoh..
M.salim tu je.tmpt.lepaks.dating.iols memalam sambil sembang kosong..

Capati.dia.mmg sedap..
Lain lain tu..husband iols.ckp org.ipoh pon x.pi situ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang ipoh pun ada yang tak nak makan nasi ganja situ.. Baik makan m salim tu... Cer kome tanya kedai2 dekat2 nasi ganja tu knp depa tak makan situ

Hollywood tu pun ramai melayu dah stop makan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2018 11:22 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 20-8-2018 06:48 PM
dah lama teringin Nasi Vanggey (Ganja) Original
tapi sentiasa ada perbarisan..

Tiap2 hari penuh.. dr kul 9 plak tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2018 11:23 PM | Show all posts
meisapoya replied at 20-8-2018 07:57 PM
Restoran yong suan tu ada satu je ke? Tak de cawangan ke? Haritu gi sana, tanya kenalan, dia kata yo ...

I plg suka lepak kat Hollywood.. tp now da jrg pergi sbb busy huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2018 11:23 PM | Show all posts
otai_g replied at 20-8-2018 08:18 PM
nasi ganja yg kat perlis lg layan bak ang.

murah pun murah.

Ye ke? Kat belah mana?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2018 11:24 PM | Show all posts
shernazz replied at 20-8-2018 08:25 PM
Selama iols.kawen.dgn org.ipoh..
M.salim tu je.tmpt.lepaks.dating.iols memalam sambil sembang koson ...

Iols suka lepak sana time bekpess. Mmg capati die sedap giler. Cuma sambal kekadang rasa lain sbb org lain masak. Smpai iols komplen nape ubah resipi kikikikiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2018 11:25 PM | Show all posts
Dollyzzzz replied at 20-8-2018 08:37 PM
Orang ipoh pun ada yang tak nak makan nasi ganja situ.. Baik makan m salim tu... Cer kome tanya keda ...

Hollywood and nasi ganja tu ari2 penuh chuols.. mungkin org Ipoh yg uols kenal tu jenis mmg x makan kedai cina sbb x tau tu bkn kedai cina 100%... mixed Malay,Indian, Western all
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 20-8-2018 11:24 PM
Iols suka lepak sana time bekpess. Mmg capati die sedap giler. Cuma sambal kekadang rasa lain sbb  ...

Khen..iols slalu makan dgn sardin...peegh...
Ni rasa nak balik ipoh neh...kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 07:54 AM | Show all posts
aku penah makan nasi vanggey. murah & sedap. dine in situ cepat dapat nasi. klu nak bungkus jenuh beratur pjg. cuma meja slalu penuh. kebetulan time aku dtg dpt meje org baru sudah makan.

dataran ipoh tu makanan dia smua failed. esp laksa sarang. mahal dan tak sedap.

kedai makan kat ipoh byk signboard kedai cina kan? masa nak cari kedai vanggey tu, aku mcm caya tak caya je kedai tu halal
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 20-8-2018 11:23 PM
Ye ke? Kat belah mana?????

kangar. Ko google je la. Mesti jumpa punya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 09:25 AM | Show all posts
yong suan tu memang peberet aku masa aku kerja kat ipoh dulu. Puding caramel dia pun sedap!! perghhhhh! terliur aku pagi2 buta ni. new hollywood tu pun best utk breakfast. Vegas buka waktu malam, lepas kerja lepak2 situ sampai tutup kedai
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 09:42 AM | Show all posts
Dollyzzzz replied at 20-8-2018 08:37 PM
Orang ipoh pun ada yang tak nak makan nasi ganja situ.. Baik makan m salim tu... Cer kome tanya keda ...

otai2 citer zaman dulu drg seluk guna tangan je ambil lauk dalam periuk, x guna senduk.
sambal pun main cuit pakai ujung jari..hahah..
tp skrg guna sudu dah, kata drg..cuma bila teringat cerita gitu rasa macam...err...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2018 11:24 PM | Show all posts
makton replied at 21-8-2018 07:54 AM
aku penah makan nasi vanggey. murah & sedap. dine in situ cepat dapat nasi. klu nak bungkus jenuh be ...

Nasi Ganja tu ade history die kat situ. Sebenarnyer tu mmg kedai cina, cuma Cina tu jual minuman. Diorg dr dlu tumpang niaga kat kedai Cina tu. Skrg walaupun da maju, diorg still stay kat situ walaupun byk cawangan lain da bukak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2018 11:25 PM | Show all posts
Nonones replied at 21-8-2018 09:25 AM
yong suan tu memang peberet aku masa aku kerja kat ipoh dulu. Puding caramel dia pun sedap!! perghhh ...

Vegas port lepak memalam. Cuma skrg da bukak time pagi. Same cam Hollywood. Kekadang bekpes kat situ gak kalau mengidam yong tau fu. Sana yong tau fu n wantan mee diorg sedapppp.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 01:01 PM | Show all posts
Dah lama tingin Nasi Vanggey ni..xde kesempatan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 09:23 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 20-8-2018 06:48 PM
dah lama teringin Nasi Vanggey (Ganja) Original
tapi sentiasa ada perbarisan..

rasanya kat Sri Gombak pun ada satu Nasi Vanggey .... owner franchise dia dengar cerita melayu bumiputra. bersih pun bersih... confident sket nk mkn.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.078730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list