View: 1885|Reply: 5
|
Padah Tertidur Ketika Menyusukan Bayi
[Copy link]
|
|
Bayi berusia sehari meninggal dunia apabila 'dihempap' ibunya yang keletihan menyusukannya.
Ann Bradley dari Harwood, berhampiran Bolton, menyusukan bayinya, Louie Francis Bradley ketika sedang tidur di Hospital Royal Bolton pada 27 Ogos tahun lalu. Malangnya, sebaik terjaga dari tidur dia mendapati anaknya pucat.
Gambar Hiasan
Penolong koroner, John Pollard menyelar bidan bertugas yang bertanggungjawab mengajar Ann teknik penyususan. Katanya, ibu baru bersalin tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian untuk menyusukan bayi.
Ann memberitahu mahkamah bahawa dia memilih untuk tinggal di hospital lebih lama kerana berasa agak gementar apabila mengalami kesulitan menyusukan bayinya.
Ibu baru itu berkata, dia diberitahu bidan Jane Westhead bahawa dia boleh baring mengiring ketika menyusukan bayinya.
Bagaimanapun, Jane menafikan perkara tersebut. Menurutnya, mereka tidak menggalakkan teknik penyususan sebegitu. Namun, ia bertentangan dengan kenyataan seorang lagi Ketua Jururawat yang mengesahkan penyusuan secara mengiring itu adalah amalan biasa yang dicadangkan oleh bidan.
Bagaimanpun, bidan tersebut menekankan kesukaran untuk memerhatikan ibu-ibu baru, kerana ramai yang gemar menyusukan bayi di sebalik langsir yang ditarik bagi memberi privasi.
“Kami tidak dapat mengawasi mereka setiap masa, jadi kami hanya menasihatkan mereka supaya meletakkan semula bayi mereka di katil bayi jika berasa letih dan mengantuk,“ jelas bidan tersebut.
Ahli koroner kemudiannya memutuskan bahawa Louie meninggal dunia akibat kesesakan nafas dan teknik penyusuan yang salah. Bayi lelaki itu juga didapati menghidap bronkopneumonia dan beberapa gejala kesejukan yang menyebabkan kematiannya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ann Bradley dari Harwood, berhampiran Bolton, menyusukan bayinya, Louie Francis Bradley ketika sedang tidur di Hospital Royal Bolton pada 27 Ogos tahun lalu. .
berita tahun lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ibu tu sedih |
|
|
|
|
|
|
|
besor kot ibunya tu... siap ada gejala kesejukkan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|