View: 2921|Reply: 21
|
Janji Tujuh Hari, Tapi Dah Dua Minggu Masih Belum Pulangkan Kereta
[Copy link]
|
|
Pada mulanya janji mahu sewa kereta selama tujuh hari, tapi kereta masih belum dipulangkan walaupun sudah hampir dua minggu.
Harian Metro melaporkan, tindakan lelaki dikenali sebagai Apit berusia 24 tahun itu telah menyusahkan pemilik syarikat perkhidmatan kereta sewa kerana mempunyai tunggakan sebanyak RM400.
Pengurus syarikat, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, 24 berkata, Apit mula menyewa kereta Proton Saga BLM pada 9 Ogos lalu dan sepatutnya memulangkannya pada 15 Ogos lalu.
Apit, Foto: Harian Metro
“Tapi sampai hari ini (semalam) dia belum pulangkan kereta.
“Saya cuba hubungi telefon bimbitnya, tapi dimatikan."
Usaha menjejakinya turut dibuat melalui hebahan di laman sosial namun belum ada petunjuk lagi.
Katanya, dia membuat laporan polis kerana bimbang berlaku hal yang tidak diingini pada Apit.
Pemerhatian mendapati komen netizen di laman sosial Facebook mendapati lelaki terbabit pernah dilihat berada di Cameron Highlands, Pahang. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pandai pinjam panda2 ler pulangkan. Kalau betul nak pakai lagi lama bayor je lebih kat owner baru tak jadi masaalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena fikir banyak kali sebelum pinjamkan keta ni |
|
|
|
|
|
|
|
masa sewa kereta tu takde mintak contact noi orang terdekat dia ke
biasanya kalau dalam borang selalu buat mintak contact orang terdekat jika tak dapat cari orang yang sewa kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tutup muka? Bagi name penuh pon takpe. |
|
|
|
|
|
|
|
nak pinjam kereta kan kena bagi copy ic lesen bagai..
suruh je polis cari abis cerita..
ke sewa kereta secara illegal? |
|
|
|
|
|
|
|
Wowie
Dh report.polis...tunggu jelah
Melainkan dia tukar no plet palsu..
Dlm.ig.letak.caption
Lehat lah dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
nak pakai raya ke? kosser ko noks saga blm pun nak kebas, orang kebas vellfire |
|
|
|
|
|
|
|
ni dikira macam peminjam PTPTN la ya |
|
|
|
|
|
|
|
wow
special case ke ni?
sebab acap sgt dah kes macam ni
sewa & lambung cmtu je
tau2 keta rosak la apa la
alasan tak masuk akal |
|
|
|
|
|
|
|
Entah-entah dia accident ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
fushimi replied at 21-8-2018 02:51 PM
masa sewa kereta tu takde mintak contact noi orang terdekat dia ke
biasanya kalau dalam borang se ...
Ada tulis kt atas tu...no telefon bimbitnya dimatikan |
|
|
|
|
|
|
|
owner cakap ada call budak tu je tapi tak cakap ada call orang terdekat
sebab adik aku buat sewa kete selalu mintak telefon orang terdekat sekali macam mak ke isteri ke
kalau tak dapat call orang menyewa boleh cari bini di ke
|
|
|
|
|
|
|
|
dia buat grab kot.. sabar lah |
|
|
|
|
|
|
|
buapakperut replied at 21-8-2018 03:20 PM
nak pakai raya ke? kosser ko noks saga blm pun nak kebas, orang kebas vellfire
Itu shahir af uol. Sewa velfire brtahun xbyr2 kata pemilik kete sewa. Apa jd kes tu pun xtau dah |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah. tak kene tangkap pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Apit dah kena cekup
LELAKI yang enggan memulangkan Proton Saga BLM disewanya sejak 9 Ogos lalu, ditahan pihak berkuasa dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 9 pagi, semalam.
Suspek sepatutnya memulangkan kereta terbabit pada 15 Ogos, namun tidak berbuat demikian sehingga memaksa pemiliknya membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa.
Pengurus syarikat perkhidmatan kereta sewa, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, 24, berkata, lelaki dikenali sebagai Apit itu dijejaki pihak polis di Bandar Country Home (BCH), Rawang dan kenderaannya diekori hingga ke pusat bandar Kuala Lumpur sebelum ditahan pihak polis.
"Alhamdulillah pagi semalam dapat panggilan dari IPD Gombak mengatakan kereta saya ada di balai.
"Pihak polis beritahu pasukan peronda melihat kereta dipandu lelaki itu keluar dari BCH lalu diekori sampai pusat bandar Kuala Lumpur sebelum tangkapan dibuat.
"Saya terkedu bila dapat tahu lelaki itu ada rekod penyalahgunaan dadah," katanya kepada NSTP hari ini.
Nizamuddeen bagaimanapun lega setelah mendapat semula keretanya dan menganggap ia sebagai pengajaran buat dirinya dan pelanggan lain.
Terdahulu, usaha Nizamuddeen menjejaki keretanya dan suspek berasal dari Kuala Kubu Bharu itu turut dibuat melalui hebahan di Facebook sebelum tular.
Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas suspek gagal dihubungi dan sengaja mematikan telefon bimbitnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai ketika dihubungi mengesahkan kenderaan tersebut telah dipulangkan namun tidak mengulas lanjut berhubung kejadian itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|