CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 4

Isteri Digigit Anjing Liar, Suami Pula Yang Maut Dijangkiti Rabies

[Copy link]
Post time 23-8-2018 05:00 PM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki dari Jalan Matang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira 10 pagi semalam setelah didapati positif rabies encephalitis atau penyakit anjing gila.


Kredit foto: www.projekmm.com



Memetik laporan Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa berusia 44 tahun tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari lepas.

"Mangsa dimasukkan ke HUS pada16 Ogos lalu selepas mengalami simptom rabies ketika mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos."

“Ketika itu pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati dan pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi.”


Menurut KKM, isteri mangsa kini berada dalam keadaan sihat dan telah melengkapkan jadual vaksinasi antirabies sebanyak empat dos.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary. Vaksin utk rabies tu semua orang boleh amik ke org yg dah pernah ada exposure je?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 05:38 PM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So rabies no kalau Ada Luka terbuka pun boleh dijangkiti eh... Scary...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 02:35 AM | Show all posts
Aku tak tau jabatan mana yang pemalas buat kerja ni tp memang makan gaji buta. Asal anjing liar jer nak kena report baru nak bertindak. Nama je negara Islam tapi berlambak anjing sana sini. Kat Jepun ke, US ke, Australia ker, takde sekor pun anjing korang leh jumpa tengah jalan.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044989 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list