CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3072|Reply: 23

Siapa Sangka 7 Wanita Ini Sanggup Bunuh Beratus Bayi, Suami Dan Anak Sendiri!

[Copy link]
Post time 24-8-2018 05:33 PM | Show all posts |Read mode




Apabila membaca berita pembunuhan kejam pasti terbayangkan wajah penjenayah lelaki yang mengerikan dan tidak terurus.


Anda pasti tidak dapat menyangka wanita yang berpewatakan baik, lembut dan mesra adalah penjenayah di sebalik pembunuhan bayi, orang dewasa serta anak kandung mereka sendiri.  


Berikut antara tujuh pembunuh bersiri wanita yang berselindung di sebalik wajah keibuan mereka.




Amelia Dyer




Foto: The Sun UK






Tempoh jenayah: 1869 - 1896
Pada tahun 1869, Amelia diceraikan pada usia 32 tahun dan memerlukan wang, lalu menjalankan kegiatan baby farming untuk menyara hidupnya.


Dia menyediakan tempat  tinggal untuk ibu yang mengandungkan anak luar nikah, bertujuan menyerahkan bayi tersebut kepada keluarga angkat dengan bayaran tertentu setelah dilahirkan. Bagaimanapun, selepas bayi itu dilahirkan Amelia membiarkan bayi tanpa penjagaan rapi dan akhirnya mereka meninggal dunia.


Kegiatan Amelia terbongkar apabila mayat seorang bayi berbungkus dalam beg kertas ditemui terapung di Sungai Thames pada Mac 1896. Hasil siasatan membawa kepada Amelia dan polis menyerbu rumahnya lalu menemui bukti jenayah lain. Enam lagi mayat bayi ditemui di sungai dan dipercayai hampir 400 bayi telah dibunuhnya. Wanita itu kemudian dikenakan hukuman gantung sampai mati pada tahun sama.




Margaret Waters







Tempoh jenayah: 1866-1870
Seperti Amelia, Margaret juga membunuh melalui kegiatan baby farming.  Dia memberikan dadah untuk mengurangkan selera makan kepada bayi hingga menyebabkan mereka mati kebuluran. Lima bayi disahkan maut ditangannya dan dipercayai hampir 19 bayi menjadi mangsanya.


Dia mengambil bayaran 10 hingga 625 pound (RM51.60 - RM3,223) untuk seorang bayi dengan jaminan menyerahkan bayi tersebut kepada keluarga angkat. Margaret akan membungkus mayat mangsa di dalam kertas dan melemparkannya di jalan.


Pada 1870 polis menyerbu kediaman Margaret dan menemui enam bayi baru lahir yang dibiarkan kelaparan dan lemah selepas diberikan dadah jenis opium. Margaret kemudiannya disahkan bersalah dan dihukum gantung.






Catherine Flannagan dan Margaret Higgins


(The 'Black Widows of Liverpool')



Foto: The Sun UK



Tempoh jenayah: 1880-1883
Pasangan adik beradik ini kelihatan normal dari pandangan kasar, tetapi mereka sebenarnya adalah pembunuh. Pada 1880, anak lelaki Chaterine mati, disusuli dengan kematian suami Margaret, Thomas dan anak perempuannya.


Ahli koroner mengesahkan mereka mati akibat diberikan racun arsenik sama seperti punca kematian ahli keluarga lain. Salah seorang daripada mereka kemudiannya ditahan dan mengakui mereka telah membunuh tujuh ahli keluarga lain kerana mahukan wang pengebumian.


Kedua-dua beradik itu turut mengakui terdapat lima lagi wanita terbabit dalam kegiatan itu. Walau bagaiamanapun, hanya mereka berdua dikenakan hukuman gantung sehingga mati.




Mary Elizabeth Wilson




Foto: The Sun UK






Tempoh jenayah: 1955-1957
Pada 1957, Mary menjadi buah mulut penduduk kampung apabila suami keempatnya, Ernest meninggal dunia. Dia telah kematian suami ketiganya sebelum mengahwini Ernest. Bagaimanapun, Mary tidak kelihatan sedih setelah kematian suami ketiganya, malah pada majlis  perkahwinannya dengan Ernest, Mary sempat bergurau menyatakan jamuan pada hari itu masih sempat disimpan untuk majlis perkebumian seterusnya.




Foto: The Sun UK





Selepas kematian Ernest, lawak hambar Mary kemudian telah menyebabkan kediamannya dikunjungi pihak berkuasa. Dua mayat suaminya yang ditanam berjaya ditemui mengandungi kandungan fosforus yang tinggi.  


Hasi; autopsi pada tubuh Ernest dan Oliver, suami ketiganya yang mati selepas 12 hari berkahwin juga diracuni dengan fosforus. Dia ditahan dan dikenakan hukuman tetapi berjaya mendapat pelepasan daripada hukuman gantung, namun mati di penjara pada 1963.




Mary Ann Cotton




Foto: The Sun UK






Tempoh jenayah: 1860 - 1873
Secara dasarnya, Mary Ann Cotton kelihatan seperti seorang yang bernasib malang apabila suami keempatnya mati akibat demam dan gastrik sama seperti kedua-dua suaminya yang terdahulu. Malah, 11 daripada 13 anak kandungnya dan seorang kekasih juga mati disebabkan penyakit sama.


Helah Mary Ann Cotton berjaya dihidu pihak berkuasa dan Mary Ann Cotton didapati meracuni mereka dengan racun arsenik. Hasil siasatan mendapati tubuh anaknya juga diracuni bahan serupa. Tujuan Mary Ann Cotton melakukan jenayah tersebut adalah untuk menuntut wang insurans dan mengurangkan beban menanggung anak-anaknya.






Mary Ann Britland



Foto: The Sun UK



Tempoh jenayah: Mac hingga Mei, 1886
Pekerja kilang di siang hari dan pembantu bar pada waktu malam, Mary Ann kelihatan seperti wanita yang bekerja keras.
Hakikatnya, wanita ini telah membunuh anak perempuannya, Elizabeth Hannah, suaminya, Thomas dan isteri kepada kekasihnya, Thomas Dixon iaitu Mary dalam masa tiga bulan dengan bermotifkan wang.


Jangka masa yang rapat dan kematian tiba-tiba menyebabkan pihak berkuasa berasa sangsi, lalu memulakan siasatan. Selepas menyiasat Mary Ann, mereka menemui racun serangga yang boleh membunuh serta racun arsenik dalam simpanannya. Mary Ann ditahan serta merta dan dia mengakui melakukan pembunuhan itu.


Betullah kata pepatah, jangan menilai dari luaran. Cantik di luar, tak bermakna cantik di dalam. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2018 05:54 PM | Show all posts
Betullah kata pepatah, jangan menilai dari luaran. Cantik di luar, tak bermakna cantik di dalam


cantik ke masaalahnya..

tapi kenapa masing2 kejam sangat dah sampai berlaki 4 pun... fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi reputz cari pun tak tau kes puluh tahun dulu bukan current issue.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ratus tahun dulu ngok ngek
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Err... Subjektif cantik ni kan. To me, tak cantik dorang ni just like perangainya juga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pe jadahnya baby farming pastu kasi mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello, ini kan sesuai berada di board Peristiwa Dunia. Mengapa parking sini?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik, tapi reputs bow dough tak tahu mana bod yg sesuai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
psychopath
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 24-8-2018 05:54 PM
cantik ke masaalahnya..

tapi kenapa masing2 kejam sangat dah sampai berlaki 4 pun... fuhhh

Dah la kejam, hot pula itu senang2 jah dapat jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
semasa la sangat benda tok kaduk macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
semasa la sangat benda tok kaduk macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing-masing muka macam psycopath and they all have mean eyes
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram tengok muka masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 24-8-2018 06:54 PM
Dah la kejam, hot pula itu senang2 jah dapat jantan.


Agaknya kakak, wajah2 inap desa macam ni dulu2 paling cantIk sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 01:48 PM | Show all posts
adakah boleh disimpulkan buruk muka, buruk juga perilaku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
celah mane nye wajah keibuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 07:28 AM | Show all posts
mental....dan di kuasai syaitan sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 03:45 PM | Show all posts
nama pembunuhnya lebih kurang sama je.."mary" dan "margareth" ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 04:19 PM | Show all posts
yang bg dadah & biar baby mati kebuluran tu babi sangat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053710 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list