View: 5586|Reply: 57
|
[Tempatan]
Warga asing tidak boleh beli kediaman Forest City
[Copy link]
|
|
Reuters -
27 Ogos 2018 21
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan membenarkan pelabur asing membeli unit-unit kediaman di projek Forest City, di Johor.
“Satu perkara yang pasti, bandar yang akan itu dibina tidak boleh dijual kepada orang asing. Kerajaan tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sini,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di sini.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu kerana bandar baharu tersebut dibina untuk orang asing dan bukan rakyat Malaysia.
Katanya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli kediaman tersebut.
Projek Forest City adalah pembangunan sebuah bandar baru yang menelan kos AS$100 juta, dibangunkan oleh pemaju Country Garden Holding.
Bandar baharu itu mensasarkan 700,000 penduduk.
Sebelum ini, Parlimen dimaklumkan penjualan tanah pegangan bebas di kawasan Forest City kepada orang asing akan diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar memberitahu, langkah itu selaras dengan peraturan dikeluarkan oleh pihak Majlis Tanah Negara bermula tahun 2014.
Menurutnya, kebenaran itu selaras peruntukkan seksyen 344 (b) dalam Kanun Tanah Negara yang menyatakan pihak berkuasa negeri mempunyai hak memberi kebenaran kepada warga asing untuk memiliki tanah itu.
Ia bagaimanapun tertakluk kepada beberapa garis panduan perolehan tanah yang dikeluarkan unit perancangan ekonomi yang dipersetujui Majlis Tanah Negara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harga rumah kat Forest City ni mahal kan...?... sebab memang developer target orang asing (China people) yg beli..so now how...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
China tu tersangatlah luas. Alih2 bersungguh beli rumah di negara kita yang kecil ni. Tak lain tak bukan mesti berkaitan money laundering.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooooooooooooooooooooooo....never think of that...ada kemungkinan money laundering rupanya....
kalau ada 50% diskaun utk rumah2 di Forest City, jom la kita semua borong...haha...pakat2 jadi bangsa Johor..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup. I baca mereka ni khuatir Yuan devaluation. So diorang bawa keluar duit mereka dari China dan beli aset2 di negara asing. Padahnya, aset2 di negara asing naik harga.
Rumah pangsapuri tak best. Rumah landed best. Boleh tanam pokok2 dan cuci kereta di halaman rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Habislah meroyan China komunis rakan seperconolotan cacai dan lobai xdpt beli unit di forest City. Macam mana cacai nak jmpa teman komunis cmni? Tolong tolonggggg |
|
|
|
|
|
|
|
tq for the info..new thing I learn today...yeay...
rumah condo la best..duduk atas awan.....
kita sekarang duduk rumah landed tapi still hantar basuh kereta kat car wash juga..hoho...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke atokk??... hari2 berlambak-lambak ummah PRC datang buat site visit kat Forest City tuh.. salesman-salesman pun semua dari PRC.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 27-8-2018 03:11 PM
I tgk kondo yang baru2 kat JB ni kebanyakannya semua nampak “murah”....
Tapi sebenarnya harga mahal namampos...
Nampak murah sebab design tak cantik... taraf rumah flat gitu...
In JB.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi siyeslah nah masuk umah dlm forest city tu idokle beso mana..advantage is guarded security,gymnasium,pool,game room...beso lagi rumah zmn dulu2 tok kaduk..tp klu aku ada duit ofcuzla teringin gak nak beli..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau warga PRC dan Singapura tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City, sampai kiamat pun unit-unit sana tidak terjual. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 27-8-2018 03:11 PM
Kalau warga PRC dan Singapura tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City, sampai kiamat pun un ...
Sudah nya jd apa?rumah hantu? |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa la jual pada local.
Pergh umah kat situ mmg mahal giler....studio unit pun dah cecah 1 juta.
Surprisingly salesgirl dia cakap phase 1 & 2 condo tu dah sold out.
|
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 27-8-2018 03:14 PM
Sudah nya jd apa?rumah hantu?
Mungkin pihak pemajunya iaitu Country Garden akan mengurangkan aktiviti pelancaran fasa baharu dalam beberapa tahun ini sehingga polisi tidak membenarkan orang asing membeli hartanah di Forest City dimansuhkan oleh kerajaan.
Kita harus terima hakikat, majoriti pembeli Forest City adalah dari China dan Singapura. Dengan harga hartanah yang di luar kemampuan rakyat kita, memang pihak pemaju akan menghadapi kesukaran menjual fasa-fasa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau xde sapa nak beli, ada kemungkinan harga dia turun menjunam tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 Det boleh beli borong
no hal la
boleh agih2 sesama kroni |
|
|
|
|
|
|
|
idadzira replied at 27-8-2018 03:20 PM
terpaksa la jual pada local.
Pergh umah kat situ mmg mahal giler....studio unit pun dah cecah 1 ...
Kalau rakyat kita mampu beli, tak ada hal.
Tapi kita ada banyak pilihan untuk melabur atau untuk kediaman sendiri di sekitar Iskandar atau JB. Tak semestinya nak Forest City.
Pembeli PRC minat Forest City sebab ia dibina oleh pemaju PRC dan konsep pembangunan PRC adalah PRC friendly. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 27-8-2018 03:22 PM
kalau xde sapa nak beli, ada kemungkinan harga dia turun menjunam tak?
Spidey kurang pasti macam mana pasaran di Iskandar dan JB amnya dan Forest City khususnya.
Tapi kalau di Lembah Klang, kalau ada berlakunya lambakan unit hartanah tidak terjual, pihak pemaju biasanya akan melambatkan pelancaran projek atau fasa baharu sehingga situasi kembali stabil.
Pemaju Forest City selama ini cuma target kan pembeli PRC, jadi mereka sentiasa terdedah kepada faktor-faktor yang lebih global. Contohnya kerajaan PRC pernah menghadkan pengeluaran aliran tunai dari China, jadi kerajaan China cuba menghalang rakyat mereka membeli hartanah di luar negara. Pemaju Forest City terpaksa menyasarkan pembeli dari negara luar China tetapi nampaknya masih tidak dapat memecah dominasi pembeli PRC. |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 27-8-2018 03:14 PM
Sudah nya jd apa?rumah hantu?
Biar jah kaum kerabat family prominent selatan tu jah yg beli kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
| |
|