Jika sebelum ini Neelofa dikenali dengan tudung Naelofar Hijab, kini pelakon, pengacara dan usahawan terkenal ini sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan melancarkan produk terbaru iaitu koleksi beg tangan, iaitu Lofarbag.
Koleksi Lofarbag itu merupakan kolaborasi aktres jelita itu bersama Sometimes, By Asian Designer dan akan dilancarkan pada 29 Ogos ini dan boleh mula dibeli secara atas talian di Zalora.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Neelofa meluahkan rasa gembiranya apabila impiannya untuk mengeluarkan jenama beg sendiri kini menjadi kenyataan.
Foto : Instagram Neelofa
Dalam pada itu, rata-rata ramai yang memuji rekabentuk beg tersebut dan tidak sabar untuk menantikan pelancaran koleksi Lofarbag yang boleh didapati dalam 9 warna yang berbeza.
Foto : Instagram #LofarbySometimes
Cantik sangat. Tak sabar nak beli!
Foto : Instagram Neelofa
Nampak gayanya koleksi Lofarbag ini berjaya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang tidak sabar mahu mendapatkan koleksi tersebut pada 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Neelofa
Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa atas pelancaran koleksi beg tangan, Lofarbag tersebut. Semoga makin sukses dalam perniagaan. -CARI |