Gara-gara memakai cincin tidak bersesuaian dengan saiz jari, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terpaksa menahan sakit lebih lima jam selepas cincin yang dipakai petang kelmarin tersangkut di jari manis kirinya.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus itu, mangsa menyedari jarinya membengkak sebaik bangun daripada tidur awal pagi semalam.
Mangsa yang tidak tahan menanggung kesakitan bergegas ke Balai Bomba Kuala Nerus pada jam 9.42 pagi untuk mendapatkan bantuan di mana anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin berkenaan menggunakan alat pemotong khas.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof, mangsa sebelum itu telah menggunakan pelbagai cara bagi mengeluarkan cincin berkenaan, namun gagal.
Kredit foto: Sinar Harian
"Ketika mangsa tiba di balai untuk mendapatkan bantuan keadaan jari telunjuk kiri kemerahan akibat bengkak.
"ihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin menggunakan alat pemotong khas.
"Operasi yang melibatkan seramai empat anggota itu berjalan lancar dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Ekoran kejadian, Yusmizan menasihati orang ramai supaya tidak memakai sebarang perhiasan diri yang terlalu ketat hingga boleh mendatangkan kecederaan. - CARI |