CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349072|Reply: 2553

[Tempatan] [UPDATE] #2633:Kematian CEO Cradle Fund, jenazah akan dikebumi semula minggu dep

   Close [Copy link]
Post time 4-9-2018 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 12-10-2018 11:17 AM

ISTERI kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya itu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia lingkungan 40-an.

Siasatan terhadap wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, wanita itu yang memakai baju-t berwarna hitam tiba di mahkamah pada 11 pagi dan dia yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman pada 12.20 tengah hari.

Dia yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu kelihatan muram di dalam bilik reman.

Sebelum ini, suspek pernah menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya yang kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pihak JBPM keputusan yang diumumkan adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.

Berita berkaitan:

• Isteri CEO Cradle Fund bidas JBPM

• CEO Cradle Fund dibunuh...?

• Bomba ambil telefon bimbit mangsa

• 'Telefon meletup masa dicas..'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 1:55 PM
=================================================================================
Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund
        14 Jun: Nazrin Hassan ditemui maut dalam satu kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat miliknya di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit mangsa.
        14 Jun: Mesej yang tular daripada keluarga mangsa mendakwa letupan telefon bimbit yang sedang dicas sebagai punca.
        15 Jun: Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.
        25 Jun: Laporan forensik mengesahkan terdapat kesan petrol pada tubuh, katil, tilam dan telefon bimbit mangsa.
        6 Ogos: Polis mengklasifikasikan semula kematian Nazrin sebagai kes bunuh berikutan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menemukan kesan petrol dalam bilik mangsa yang terbakar.
        14 Ogos: Isteri mangsa mendakwa siasatan polis tidak telus dan juga laporan media tidak konsisten dengan post-mortem Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.
        4 September: Isteri mangsa dan bekas suami pertamanya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.
        5 September: Berita kononnya dua anak tiri mangsa berusia 14 dan 16 tahun ditahan polis tular.
        6 September: Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor nafi tangkapan baharu membabitkan anak tiri mangsa.
        7 September: Bekas suami kepada isteri mangsa dibebaskan.
        9 September: Dua anak tiri mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
        10 September: Tempoh reman isteri mangsa dilanjutkan tiga hari lagi.
        24 September: Sepasang suami isteri iaitu adik ipar kepada mangsa direman selama empat hari. Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.
        1 Oktober: Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan pihak polis menggali semula jenazah mangsa bagi menjalankan bedah siasat kali kedua.
        8 Oktober: Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 8.58 pagi bagi proses penggalian kubur mangsa, bagaimanapun proses penggalian ini belum dapat dipastikan untuk diteruskan memandangkan permohonan injuksi daripada isteri mangsa di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
         



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 02:41 PM | Show all posts
pulak dah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2018 02:42 PM | Show all posts
bakal cash ker sister?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 02:43 PM | Show all posts
sesuatu sgt...hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 02:48 PM | Show all posts
wow... high profile sangat .
katanya anak pemipin NGO .....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cheap thrills ke sisthur?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:00 PM | Show all posts
haaa??? dh mcm mane pulak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 03:03 PM | Show all posts
tgok muka sheollss cam menantu azmin lak..sedara ke deme?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:06 PM | Show all posts
jeng jeng jeng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2018 03:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu someone mentioned dia Ni anak chandra muzaffar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:14 PM | Show all posts
becir replied at 4-9-2018 03:11 PM
Haritu someone mentioned dia Ni anak chandra muzaffar tu..

yup dia anak chandra muzaffar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2018 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh buat movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:19 PM | Show all posts
Wow semakin interesting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Somehow I suka kes mcm ni. Ada plot twist.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2018 03:27 PM | Show all posts
Edited by Modngengade at 4-9-2018 04:56 PM

[UPDATE] Bekas suami isteri CEO direman juga



BEKAS suami kepada balu   Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh Nazrin.

Suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Sepang, pada 1 pagi, hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya Jun, lalu.

Sebelum ini, bekas isterinya pernah menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut Nazrin yang kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pihak JBPM berkata, keputusan yang diumumkan adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.

Berita berkaitan:

• Isteri CEO ditahan reman

• Isteri CEO Cradle Fund bidas JBPM

• CEO Cradle Fund dibunuh...?

• Bomba ambil telefon bimbit mangsa

• 'Telefon meletup masa dicas..'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 3:22 PM
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:32 PM | Show all posts
ex husband samirah tu pon kena tahan gak? berkomplot jugak ke? plot thickens
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakin menarik kisah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.693595 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list