Isu LaVida Coin oleh Datuk Seri Vida mula hangat diperkatakan apabila usahawan kosmetik itu mengumumkan mahu menukarkan hadiah kemenangan set barangan kemas yang diberi kepada juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah dengan LaVida Coin setelah penyanyi itu mendakwa barangan kemas yang diterimanya adalah palsu.
Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah mengeluarkan kenyataan agar pengguna berhati-hati dengan matawang kripto. Malah, DSV Cyptoclub telah pun tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan oleh BNM, iaitu syarikat yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM.
Menjawab persoalan ramai, Dato Vida telah tampil dengan kenyataan media dan turut berkongsi mengenainya di laman Instagram.
"Saya ingin menjelaskan bahawa LaVida Coin (LVC) bukanlah satu skim cepat kaya atau skim pelaburan," tegas Dato Vida.
Foto: Instagram Dato Vida
Tambahnya lagi, pihak LVC akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan drastik dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan BNM untuk memastikan perniagaan itu menepati kehendak pihak berkuasa dan kepentingan mereka yang terlibat juga akan dilindungi.
Foto : Instagram Dato Vida
Posting Dato Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata enggan percaya dengan kenyataan media oleh Dato Vida dan memintanya untuk berhenti menipu.
Foto : Instagram Dato Vida
Apa pun tepuk dada tanya selera dan pilihan terletak di tangan anda. Sekiranya tidak yakin dan ragu dengan matawang kripto tersebut, pilihlah pelaburan yang lebih selamat yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. -CARI |