Sebuah video menjadi tular di media baru-baru ini menunjukkan aksi seorang remaja bernama Johannes 'Joni' Adekalla, 14 tahun memanjat tiang bendera ketika acara sambutan kemerdekaan Indonesia yang ke-73 di Desa Silawan, Nusa Tenggara Timur.
Menurut sumber, tali bendera negara Indonesia itu tiba-tiba terputus ketika upacara menaikkan bendera sedang berlangsung. Acara itu dihadiri ramai pegawai-pegawai tinggi dari dalam dan luar negara.
Kredit Foto: Tribun Medan
Bendera yang dinaikkan oleh tiga orang anggota keselamatan putus sebelum sampai ke puncaknya. Menyedari kejadiaan itu, Joni yang sedang berbaris menawarkan diri untuk memanjat tiang dengan tujuan untuk menggantung hujung tali bendera hingga ke puncaknya. Walaupun sempat dilarang kerana dikhuatiri akan jatuh, Joni tanpa teragak-agak terus memanjat dan menyelamatkan keadaan.
Aksi berani Joni itu kini menjadi viral dan beliau mendapat banyak perhatian dari pemimpin negara Indonesia termasuk Presiden Jokowi. Presiden Jokowi juga telah menjemput Joni ke sebuah majlis rasmi dan menghadiahkan sebuah basikal dan rumah kepada Joni dan keluarganya.
Beliau turut mengajak Joni melawat Taman Mini Indonesia dan Dunia Fantasi Jakarta sebelum pulang ke kampung halamannya.
Kredit Foto: IDN Times
Atas tindakan beraninya, Panglima Tentera Indonesia turut menawarkan biasiswa pendidikan kepada Joni dan mengatakan beliau akan memberi kelebihan kepada Joni jika ingin menjadi ahli tentera kelak. Selain itu, Joni juga dijemput menghadiri upacara pembukaan Sukan Asia 2018.
Kredit Foto: Kumparan.com
Joni kelihatan sangat gembira menerima penghargaan atas keberaniannya. - CARI |