Selepas berbulan berselisih faham akhirnya penyanyi rap, Kanye West meminta maaf kepada Drake.
Ramai peminat percaya tindakan Kanye ini berikutan gosip panas menyatakan isterinya, bintang realiti terkenal Kim Kardashian mempunyai skandal sulit dengan Drake.
Apakah punca perselisihan faham di antara mereka berdua? Benarkan wujudnya skandal antara Kim dan Drake?.
Kredit Foto: Vibe
Menurut People, semuanya bermula apabila Drake telah memberitahu Kanye satu rahsia sulitnya. Drake memberitahu Kanye bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan one-night-stand nya dengan dengan seorang bintang filem lucah bernama Sophie Braussaux.
Drake pada mulanya menafikan anak itu miliknya tetapi terpaksa menerima hakikat keputusan DNA yang mengesahkan bayi itu adalah anak kandungnya. Drake meminta Kanye merahsiakan perkara ini sehinggalah beliau bersedia memberitahu peminatnya melalui sebuah lagu dalam album barunya berjudul Scorpion.
Kredit Foto: PitchFork
Bagaimanapun Drake terkejut apabila rahsia yang disimpannya itu tiba-tiba tersebar meluas. Penyanyi rap Pusha-T menyindir Drake dan anak luar nikahnya dalam album barunya The Story of Adidon.
Kebetulan Kanye adalah salah seorang daripada penerbit album baru Pusha-T ini. Drake sangat berang dan menuduh Kanye membocorkan rahsianya tetapi dinafikan oleh Kanye.
Kredit Foto: TMZ.com
Berang dengan Kanye, Drake telah membalas dendam dan menulis sebuah lagu berjudul In My Feelings yang menceritakan scandalnya dengan KiKi, isteri kepada seorang sahabat baiknya.
Peminat yang membaca lirik lagu itu kemudian membuat spekulasi KiKi adalah Kim Kardashian.
Kredit Foto: Daily Mail UK
Kredit Foto: Daily Mail UK
Selepas gosip itu bertambah panas, Kim telah mengeluarkan kenyataan menafikan skandal dengan Drake.
Kredit Foto: IG Kim Kardashian
Kanye West pula akhirnya terpaksa meminta maaf kepada Drake.
Kredit Foto: Twitter
Walau bagaimanapun, beliau tetap menafikan membocorkan rahsia Drake kepada Pusha-T. Kanye juga menyatakan akan bersemuka dengan menghadiri konsert Drake yang akan datang untuk menjernihkan suasana. -CARI |