“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji."
"Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri."
Kredit foto: FMT
Demikian reaksi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berhubung pegawainya dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt seorang staf wanita kedai cermin mata.
Memetik laporan Sinar Harian, ketika kejadian, wanita tersebut sedang memeriksa mata Timbalan Menteri Dalam Negeri itu di kedai cermin mata yang bertempat di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Datuk Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar memohon maaf atas tindakan pegawainya itu.
“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya.”
Mangsa membuat laporan polis setelah menyedari kejadian itu yang tular di media sosial Sabtu lalu hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Free Malaysia Today melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.- CARI
Free Malaysia Today melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Kita berharap Tuan Munu dapat melengkapkan penyiasatan kes ini dengan cepat agar pesalah dapat didakwa dengan segera.