Amy Search begitu marah dan meminta netizen untuk mencari seorang 'pengkid' yang cuba menipu dalam pelaburan wang haram.
'Pengkid' itu bukan berseorangan malah melakukan kerja haram tersebut secara berkumpulan. Pelaburan yang ditawarkan juga mengarut!
Foto: Insta Story Amy Search
Foto: Insta Story Amy Search
Menurutnya lagi, dengan melaburkan wang sebanyak RM1,000 pelabur akan mendapat pulangan RM1 juta. Memang tidak masuk akal sama sekali untuk menjana wang semudah itu.
Sesiapa saja yang mempunyai maklumat tentang pengkid tersebut boleh terus mesej secara peribadi (DM) ke Instagram Amy.
Foto: IG Amy Search
Amy juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera jika mendapat maklumat supaya tiada sesiapa menjadi mangsa pelaburan secara haram ini.
Kegiatan mereka harus dibanteras dan dia juga meminta netizen berhati-hati dengan helah skim pelaburan ini.
Ada lagi rupanya kumpulan skim cepat kaya membiak. Harap orang Melayu kita janganlah bodoh sangat percaya! Pesan juga pada keluarga anda. - CARI |