Sudah beberapa kali kesalahan di dalam drama Melayu ditegur oleh netizen di media sosial, namun kesilapan sama masih diulang oleh drama yang lain pula. Kebanyakan kesilapan tersebut adalah adegan di hospital yang memerlukan pelakonnya memakai peralatan hospital untuk menghidupkan watak.
Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila peralatan yang dipakai tidak tepat sehingga menimbulkan kelucuan kepada mereka yang berada dalam bidang ini. Tidak sekadar lucu, kadang kala ia juga boleh membuatkan pengamal perubatan marah dan bengang kerana krew drama sekadar menangguk di air keruh semata-mata.
Sebagai jururawat, Balqis merasakan adegan tersebut sangat tidak logik. Ini kerana pesakit wanita yang dimasukkan tiub ETT (endotracheal tube) dalam trakea sepatutnya tidak boleh bercakap, namun pelakon wanita tersebut kelihatan aktif bercakap dan dalam keadaan sedar. Hal ini dipersetujui oleh ramai netizen lain dan ada yang turut berkongsi pengalaman memakai tiub itu sendiri.
Sehinggakan ia dijadikan bahan jenaka oleh pelajar-pelajar perubatan.
"Drama Melayu memang malas, tak macam Drama Korea yang betul-betul real."
Begitulah perbandingan netizen apabila menyifatkan produksi drama Malayu yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Kebanyakkan jalan cerita drama Melayu sebenarnya boleh tahan tetapi disebabkan tidak membuat kajian mendalam mengenai latar belakang perubatan membuatkan hasilnya sangat mengecewakan.
Foto : Google
"Drama Melayu ni lama kelamaan tak mustahil akan jadi macam drama Indonesia yang banyak tak logik, atau pun macam cerita Tamil, tembak banyak kali pun tak mati-mati."
Bagaimanapun, ada juga yang membela drama ini yang ianya sekadar fiksyen, tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan sesebuah drama.
Pelakon drama Cinta Koko Coklat - Google
Menjawab mengenai video yang viral itu, pengarah drama yang dimaksudkan iaitu Mohd Fazli Yahya memohon maaf dan mengakui kesalahannya dalam drama Cinta Koko Coklat tersebut.
Sudah sampai masanya pembikin drama tempatan meluangkan lebih masa membuat kajian terperinci mengenai bidang perubatan ini. Biarpun hanya beberapa babak sahaja di hospital, tetapi biarkan adegan tersebut memberi impak kepada penonton sekaligus tidak memberi tanggapan salah terhadap bidang perubatan itu sendiri. Hentikan kerja cincai yang hanya membuatkan pembikin drama sendiri dipandang rendah oleh golongan lain. - CARI
|