Rentetan video seminit berkenaan tahap disiplin pemandu Singapura yang dirakam oleh Youtuber, Nas Daily ternyata mengguris hati ramai warga Malaysia, terutamanya jiran Singapura sendiri iaitu warga Johor Bahru.
Dalam video tersebut, selain memuji pemandu Singapura yang sentiasa memastikan tempat parkir mereka tersusun elok, Nas juga sempat mengkritik kereta yang memarkir secara haram yang terang-terangan menunjukkan ia adalah kereta dari Johor. Ternyata video ini sangat menjengkelkan kerana hanya jiran Singapura sahaja yang mengetahui bagaimana sikap pemandu mereka apabila keluar daripada jajahan disiplin tersebut.
Ternyata setelah video Nas Daily dimuat naik di media sosial, maka berduyun-duyun warga Malaysia mengambil gambar cara warga Singapura memarkir kereta mereka yang sangat berbeza dari video yang kononnya berdisiplin tersebut.
Ramai juga netizen menyatakan yang Nas sebenarnya menyimpan dendam kepada Malaysia kerana tidak dibenarkan masuk disebabkan dia adalah pemegang pasport Israel. Bagi segelintir netizen pula, perbuatan Nas sebenarnya lebih menjengkelkan kerana sanggup melaga-lagakan rakyat Singapura dan Malaysia demi kepentingannya sendiri.
Hanya mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut sahaja mengerti betapa seksanya berhadapan dengan pemandu Singapura yang seperti rusa masuk kampung apabila memandu di lebuh raya Malaysia. Maklumlah had laju lebuh raya di sana adalah 90km sejam berbanding 110km sejam di Malaysia. Ini mungkin antara faktor yang menyebabkan pemandu Singapura menjadi kurang ajar apabila masuk ke Malaysia.
"Memang setan perangai Singaporean, dekat highway main cucuk-cucuk bila jammed, guna emergency lane lagi, menyusahkan!"
Tidak hanya warga Johor, kebanyakan rakyat Malaysia memang menyampah apabila ternampak plat kereta Singapura di jalan. Maklumlah mereka cuma berdisiplin di negara sendiri tetapi membuat onar di negara orang yang tidak begitu ketat peraturannya. Tetapi dalam masa sama, ramai yang bersetuju bahawa kita perlu mengetatkan peraturan seperti di sana.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Walhal, kadar saman terbanyak di Malaysia, terutamanya di Johor Bahru datangnya daripada warga Singapura. Sebanyak 50,000 saman tertunggak berjumlah RM42 juta sejak tahun 2014 lagi.
Jadi, siapa yang sebenarnya tidak berdisiplin dalam hal ini? Warga Singapura yang tidak sedar diri atau Nas yang sengaja menimbulkan isu ini? - CARI
|