Seorang remaja, Ali Mosslmani dari Sydney telah berjaya menyaman dua buah syarikat penerbitan kerana mempersendakan gaya rambut mulletnya.
Kredit Foto: Ziggy
Gaya rambut mullet adalah gaya rambut yang pendek di hadapan, tetapi panjang di belakang dan ia popular pada tahun 1980an.
Kredit Foto: Telegraph
Ali Mosslmani mendapat pampasan apabila mahkamah mendapati akhbar Daily Mail dan Australian Radio Network telah menerbitkan beberapa meme yang tular dan mengaitkan gaya rambut Ali dengan budaya tidak sihat.
Meme itu termasuklah menyamakan rambutnya dengan gaya binatang dan rumus Matematik, teorem Pythagoras.
Kredit Foto: Know Your Meme
Kredit Foto: Know Your Meme
Kredit Foto: Know Your Meme
Kejadian bermula pada tahun 2015 apabila Ali yang baru memotong rambutnya mengikut gaya mullet menghadiri sebuah majlis hari jadi rakannya ke-18.
Seorang jurufoto daripada sebuah syarikat penerbitan, Jeremy Nool kemudian telah merakam gambarnya yang sedang menari dan menjualnya kepada beberapa penerbitan.
Kredit Foto: The Cult of the Crispy Geek
Selepas menjadi tular di media, Ali telah melancarkan saman malu terhadap tiga penerbitan yang mana dua daripadanya bersetuju membayar sejumlah saman yang dirahsiakan.
Hakim Mahkamah Sydney, Judith Gibson meluluskan penyelesaian saman tersebut yang dicapai pada minggu ini.
Kredit Foto: Know Your Meme
Peguam Ali Mosslmani gembira dengan penyelesaian saman malu itu. Bagaimanapun, perbicaraan mahkamah antara Ali dengan penerbitan ketiga, Nationwide News yang enggan membayar saman akan bermula pada April 2019 iaitu lebih tiga tahun selepas rambut mullet Ali menjadi tular. - CARI |