CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3172|Reply: 10

Guris Hati Golongan Gemuk, Baju Ditarik Semula Dari Pasaran Online

[Copy link]
Post time 13-9-2018 05:27 PM | Show all posts |Read mode




Peruncit fesyen atas talian, Revolve teruk dikecam netizen apabila mempromosikan sehelai baju panas yang memaparkan ungkapan,        "Gemuk Bukan Suatu Kecantikan, Ia Hanya Satu Alasan".


Promosi pakaian itu menjadi tular selepas model dan pengasas #SelfLoveBringsBeauty, Felicity Hayward berkongsikan iklan itu di laman Twitter miliknya.





Foto: Metro UK





Netizen yang melihat muat naik tersebut turut meluahkan rasa jijik mereka pada mesej yang disampaikan pakaian terebut.


Pengguna Twitter sebahagian besarnya mengutuk ungkapan pada baju itu dengan salah seorang daripada mereka mempersoalkan tujuan pakaian tersebut disediakan sehingga saiz XL.


"Baju ini perlu dibakar dengan serta-merta. Ia tidak boleh wujud di dunia sama sekali.


"elik ia boleh didapati dalam saiz XL. Sungguh ironi berbanding mesej yang disampaikan pada baju tersebut," ujar netizen lain.


Melihatkan semakin ramai yang mengecam mereka, pihak Revolve telah menarik balik penjualan pakaian tersebut di laman web mereka. Baju yang dilabel sebagai Paloma Sweater itu sebelum ini boleh didapati pada harga 162 Pound British (RM876.35).


  



Sementara itu, menerusi paparan skrin di media sosial yang dikongsikan artis Florence Given, pakaian itu sebenarnya dicipta hasil kerjasama jenama LPA dengan lima wanita untuk memberikan pendedahan bagaimana perbuatan mengejek memberi kesan yang buruk kepada seseorang.


Menurut Florence lagi, model yang dikaitkan dengan pakaian tersebut, Paloma Elsesser turut meminta ungakapan itu dibuang dari pakaian tersebut. Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada jenama pakaian itu mengenai rekaan baju panas berkenaan yang dikatakan berniat baik, namun telah disalahertikan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
halahhh baru nak beliiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai
Naseb si gundu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 06:19 PM | Show all posts
Edited by merrissa at 13-9-2018 06:21 PM

kalo kata being thin it's not beautiful pon bakalan kene kecam....

xleh ke just ckp you're beautiful no matter what shape you are...or i beautiful, u beautiful too

teringat plak cter sierra burgess.....ada adegan pompuan tuh cium laki tu time mata laki tu tutop..so laki tuh xtau sapa yg cium

banyak la yg komen...cakap pompuan gemok tu sexually assault that guy

eleh tapi kalo cter snow or white sleeping beauty tuh xde sapa lak nk ckp cmtu
laki tu cium snow white tanpa kebenaran jugak
sebabnya laki tuh hensem n seorg putera...... so dipanggil true love

cannot brain

dah merepek apa aku ni....kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 06:21 PM | Show all posts
kecantikan adalah hak milik setiap insan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk adalah satu penyakit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk itu awesome bak kata abam bocey..last2 heollss upah personal trainer n wat diet..ckap xsrupa bikin..{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hak kemanusiaan dow.. Common sense.
Takde org mintak jd gemuk hodoh dan miskin malang. Papepun bagi semua org peluang ruang yg sama rata. Takyah duk tindas sgt gemuk ke apa. Bukanla diri sendiri ternyata perfect bak dewi kahiyangan sesuci lebaran pujaan laki miang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 11:54 AM | Show all posts
Jenis cepat sentap semua benda pun salah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org gemuk mmg bermasalah... Pemalas, penyegan..kuat sentap.. Gemok is awesome pala bana!
Menyusahkan org.. Naik pengangkutan awam mmg seksa.  2 seats dia sorg je.. Kalau lagi hanat, siap ngan pakej busuk..
Org tegur, suruh jaga badan.. Jaga diet & senam selalu, sentap!  
Harap cepat mampos gemuk indenial ni..

#silakecam
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah ke mesej tu... its true

Knp gemuk sentap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070206 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list