View: 7593|Reply: 29
|
Ramalan Siri 'The Simpsons' Ini Jadi Kenyataan, Kebetulan Atau Suatu Konspirasi?
[Copy link]
|
|
Siapa yang tidak kenal dengan siri animasi The Simpsons? Siri kegemaran ramai ini masih disiarkan sejak tahun 1989 dan ternyata ianya masih relevan dan mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.
Tetapi, tahukah anda? The Simpsons sering kali meramalkan masa hadapan, mungkin ianya hanyalah kebetulan ataupun mungkin juga penerbit siri ini mempunyai agenda mereka tersendiri.
Jom kita lihat ramalan-ramalan di bawah yang pernah disiarkan siri animasi ini!
Donald Trump Sebagai Presiden Amerika Syarikat
The Simpsons pernah meramalkan di mana Donald Trump bakal menjadi presiden Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, dalam sebuah episod bertajuk "Bart to the Future", terdapat satu dialog aneh di mana Lisa Simpson berkata, "Kami telah mewarisi krisis belanjawan yang mencukupi dari Presiden Trump."
Pelik bukan? Daripada semua senarai selebriti, The Simpsons boleh pula memilih Donald Trump untuk menjadi presiden pada ketika itu.
Jam Tangan Pintar
Pada episod berjudul "Hari Perkahwinan Lisa" yang disiarkan pada 1995, The Simpsons memaparkan seorang lelaki yang merupakan tunang kepada Lisa Simpson berbual menggunakan sebuah jam tangan menyerupai jam tangan pintar yang boleh kita lihat digunakan secara meluas hari ini.
AutoCorrect
Sekali lagi, The Simpsons meramalkan penggunaan teknologi pada masa hadapan. Episod yang pernah disiarkan sekitar 1994 menunjukkan penggunaan "autocorrect" yang pertama di dunia di mana sebuah karekter dalam siri ini menulis mesej berbunyi "Beat up Martin" yang kemudiannya ditukarkan secara automatik menjadi "Eat up Martha".
Harimau Putih Dan Ahli Silap Mata
Dalam satu episod musim ke-5, episod 10 yang berjudul "$pringfield (Or, How I Learned to Stop Worrying and Love Legalized Gambling)" yang disiarkan pada 1993, The Simpsons menyiarkan satu adegan di mana terdapat dua karakter berbaju putih diserang harimau ketika mengadakan satu persembahan.
Ia benar-benar menjadi kenyataan di mana 10 tahun kemudiannya, Siegfried Fischbacher dan Roy Horn telah diserang harimau berwana putih dalam salah satu pertunjukan mereka.
Disney - 20th Century Fox
Ramalan yang baru sahaja menjadi kenyataan berlaku pada musim ke-10, tahun 1998 episod "When You Dish Upon a Star". Sebuah papan iklan yang memaparkan logo "20th Century Fox" disertai dengan perkataan "A Division of Walt Disney Co." ditulis di bawahnya.
Ramalan itu benar-benar berlaku pada 14 Disember 2017 apabila Disney mengumumkan bahawa mereka mengambil alih sebahagian besar syarikat 21st Century Fox dalam satu persetujuan bernilai ASD 66.1 bilion iaitu hampir RM269 bilion).
Tragedi 9 September
Dalam episod "New York City Against Homer" yang disiarkan pada 1997, Lisa Simpsons dilihat memegang sebuah majalah dengan perkataan New York disertai angka sembilan bersama bayang World Trade Center; yang menyerupai angka 11. Ia merujuk kepada nombor 9/11 di mana World Trade Center diserang empat tahun kemudiannya dan seterusnya menjadi perdebatan hangat di antara penggemar teori konspirasi di seluruh dunia.
Wow! Mungkinkah pelukis kartun untuk siri kartun ini merupakan ahli nujum? Atau adakah penerbit The Simpsons ahli kepada kumpulan Illuminati yang mempunyai agenda tersendiri? Mungkin juga semuanya berlaku hanyalah secara kebetulan. Apa agaknya ramalan disiarkan mereka yang akan menjadi kenyataan lagi pada masa hadapan? Sama-sama kita nantikan! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 94 tu apple ada gajet apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaa... Tak sangka pulak banyak jadi real. Now wondering, penulis tu psikik ke atau hanya kebetulan semata... |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai skang iols tgk cite neh
Dgn family guy
American dad |
|
|
|
|
|
|
|
Too real to be coincidence. Most of it peristiwa dunia yg penting pulak tu like 9/11, trump |
|
|
|
|
|
|
|
Too real to be coincidence. Most of it peristiwa dunia yg penting pulak tu like 9/11, trump |
|
|
|
|
|
|
|
biler la nak start season baru ni....lama benar rehatnya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebetulan kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Planned coincidence? boleh ke gitu huhu |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz: Sampai skang iols tgk cite nehDgn family guyAmerican dad
Iols pnh layan simpson dan futurama. Tp sejak famili guy ada, i mmg layan tu je. Lawak gila, dark, racist, narcicist, pedo semua ada. I plg suke bile episode dia buat parody |
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 19-9-2018 02:27 PM
biler la nak start season baru ni....lama benar rehatnya.....
Tu lah..nak.melayan.season yg baru neh..
Tp.kalau family guy tu iols sure akan teringat baby pian..hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Victorioussss replied at 19-9-2018 03:47 PM
Iols pnh layan simpson dan futurama. Tp sejak famili guy ada, i mmg layan tu je. Lawak gila, d ...
Futurama.pon iols minat
Iols kenal masa kuar kt tv3 masa skola.dolu
Dah la pkl 11malam...
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mmg animasi2 ni semua klu tgk mmg pecah perut
cuma tu lah
lawak die tu kdg melampau kot
tp xpnh dgr plak jd isu
xmcm snl tu
ade sesetgh tu smpi kena ban terus dr muncul lg
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah layan. tp ramai jugak yg minat |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 19-9-2018 04:40 PM
Futurama.pon iols minat
Iols kenal masa kuar kt tv3 masa skola.dolu
Dah la pkl 11malam...
I gelak kaw2 bile dia parodykan sushi restoren yell at customer. Sangat spot on haha
[youtube]8PvwWr4SNnw[/youtube]
Sis try tgk kt youtube family guy shawshank parody. Tp make sure dh tgk shawshank original dlu. Lg pecah perut
Juga sangat sexist bile kene kt meg. Hahah and still i love meg sbb suara mila kunis |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 19-9-2018 04:45 PM
mmg animasi2 ni semua klu tgk mmg pecah perut
cuma tu lah
Indeed..dia kutuk2 movie, presiden, micky mause, disney tp rilek je kalu kene saman pn. Lgbt pn dia bantai. Most org pk xlawak..tp for me gile lawak. I mmg suke dark humour |
|
|
|
|
|
|
|
here comes a black guy!!
i dah gelak sejak dia minta duit dari bini dia si lois tu.. out of nowhere..ntah tiba2 nak minta duit
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn
for me don't take it serious
time tgk tu layan je
tp secara xlangsung die buatkan kita berfikir jgk tau
berfikir ttg joke yg die buat tu dan relate dgn isu sbnr
kira habis tonton
dah habis situ je
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pula yang tepat |
|
|
|
|
|
|
| |
|