CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1897|Reply: 9

Paksa Sambil Ugut Anak Buat Ujian Dara, Suami Isteri Dihadap Ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 20-9-2018 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara mengesyaki anak perempuannya hilang dara berikutan mempunyai teman lelaki, sepasang suami isteri dari Iran yang berfahaman konservatif bertindak memaksa anak itu menjalani ujian dara di sebuah klinik swasta.


Kredit foto: www.mirror.co.uk



Akibatnya mereka berdepan pertuduhan kerana telah melanggar akta melakukan ugutan ke atas individu lain yang sememangnya telah dilaksanakan di United Kindom (UK) sejak tiga tahun lalu.


Memetik laporan Mirror.UK, doktor yang bertugas beritahu Ali Safaraei dan isterinya Mitra Eidiani bahawa ujian dara tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan anaknya, Sophia.


Pemberitahuan doktor itu menimbulkan kemarahan suami isteri itu dan kemudian segera membawa balik anaknya ke rumah.


Menurut doktor itu, ketika di klinik, bapa tersebut bukan sahaja bertindak kasar malah mengugut akan bunuh teman lelaki anaknya yang berusia 18 tahun itu.


Selain itu, si bapa itu juga merampas buku pasport mangsa dan ugut akan hantar mangsa balik semula ke Iran untuk berkahwin dengan abang iparnya.


Bagaimanapun, akhirnya perkara itu dibongkarkan oleh doktor itu yang menjadi saksi berhubung isu tersebut.


Kredit foto: www.mirror.co.uk



Ketika di mahkamah doktor berkenaan memaklumkan, "ketika kejadian Sophia beritahu dirinya tidak ingin disentuh oleh sesiapa pun."


"Saya tidak akan sentuh awak selagi awak tidak memberi kebenaran," kata doktor itu kepada Sophia.


Menurut laporan, akta melarang sesiapa pun melakukan ugutan ke atas mana-mana pihak telah diwartakan sejak tiga tahun lalu dengan tujuan mencegah kejadian penganiayaan dari segi jiwa dan rohani.


Ali Safaraei dan Mitra Eidiani merupakan ibu bapa yang pertama yang dikenakan tuduhan dalam akta tersebut.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 04:03 PM | Show all posts
lawa anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak berdara, kau nak buat macamana? Bedah plastik?bunuh?

Dara itu memang penting untuk sesetengah wanita tapi kalau anak kau dah ter...dengan rela. Nak paksa kahwin dengan abang ipar lagi..adoi la..mana la anak tak melenting sampai masuk court.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena penjara sia-sia je
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Paksa kawin dgn abg ipar?????
Gila ka makpak dia??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku jd anak dia aku terus keluar rumah. Putuskan pertalian dgn family mcmni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin ngan abang ipar????

Busterd.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iran ada culture honor killing seperti di pakistan kah? Silap haribulan kena bunuh dek bapa sendiri kerana kononnya telah menjatuhkan maruah keluarga. Dah duduk di negara kapir maju yg aman pun masih bawa perangai tak bertamadun dari negara asal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 10:07 PM | Show all posts
ini syiah ni

kira kaper la ni

patut la pangai jahanam main sebelum kawin

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak bagi check kena paksa kawin dengan abg ipar? So bagi jela check buktikan masih virgin..Kan selesai masalah (kalau masih virgin la)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.098325 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list