Antara perkara yang membahagiakan dalam hidup adalah mempunyai pasangan yang sentiasa menemani dan ada di saat kita sedih dan gembira. Semestinya, ramai yang inginkan pasangan yang mengambil berat, bertolak ansur dan memahami tetapi bukan semua orang mendapat pasangan sebegitu bukan? Bagi menyemarakkan hubungan pula, pelbagai cara yang dilakukan oleh setiap pasangan yang bercinta untuk menunjukkan ketulusan cinta dan kasih sayang mereka sama ada dengan memberi hadiah, bunga atau kata-kata romantis.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang diambil dari status twitter seorang wanita. Status tersebut mempunyai 'screenshot' perbualan seorang wanita dengan teman lelakinya yang berasa terharu dan bahagia apabila teman lelakinya menghantar kata-kata romantis buat dirinya. Tetapi, yang lucunya, rupa-rupanya kata-kata romantis yang ditulis itu bukanlah karangan ayat teman lelaki wanita itu sendiri tetapi diambil daripada status pengguna twitter yang lain.
Acah-acah romantis la kononnya
Rata-rata netizen tergelak dan terhibur dengan status lelaki ini yang dengan sengaja membongkar perangai sesetengah lelaki yang acah-acah romantis dan 'plastik' dalam hubungan cinta.
Kesian kat wanita yang dapat teman lelaki macam tu
Malah, beberapa orang netizen berasa kasihan dengan wanita tersebut yang begitu teruja memuat naik status di twitternya bagi menunjukkan betapa bahagia mempunyai teman lelaki yang dilihat begitu ikhlas mencintainya melalui kata-kata yang diberikan. Bagaimanapun, ia agak memalukan kerana ayat daripada teman lelakinya itu sama seperti status yang dimuat naik oleh seorang pengguna twitter yang lain.
Lebih baik dapat teman lelaki tak romantik
Netizen turut tertanya-tanya adakah wanita ini sudah mengetahui tentangnya? Ada netizen yang berasa lebih baik mempunyai teman lelaki yang tidak terlalu romantis dari segi kata-kata kerana ia belum tentu lahir ikhlas dari hati.
Bak kata orang, dalam bercinta dan berkasih sayang perlulah berpada-pada. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang manis sahaja kerana ia belum membuktikan kasih sayang yang sebenar. Setuju tak? - CARI |