CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2894|Reply: 9

Memang Tak Sangkalah Tip Kuruskan Badan Ni, Nombor 5 Tu Paling Pelik!

[Copy link]
Post time 20-9-2018 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Bukan mudah nak kurus, apatah lagi turunkan berat badan berbelas kilo dalam masa sebulan. Jadi ramai yang lebih suka mengambil suplemen untuk cepat kurus. Awas! Pengambilan sebarang suplemen boleh mengundang mudarat dan bahaya kepada tubuh anda. Cubalah petua semulajadi di bawah :


1. Detoks
Tahukah anda, detoks merupakan perkara terpenting yang WAJIB anda buat dahulu sebelum anda mulakan tips seterusnya untuk turunkan berat badan dengan berkesan. Detoks merupakan proses membuang segala toksin yang terdapat dalam badan anda. Jika toksin dibuang, tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan mudah menyerap vitamin serta nutrien yang sihat melalui pemakanan. Contoh mudah yang anda boleh amalkan adalah meminum perahan air lemon (setengah biji) atau air teh hijau setiap pagi dan petang. Lemon dan teh hijau sangat mudah dan murah didapati di kedai atau  pasar raya berdekatan anda.



Foto Carian internet



2. Jaga pemakanan
Antara contoh jenis makanan yang anda perlu elak adalah makanan bergoreng dan berminyak. Sebaliknya, amalkan memakan makanan yang direbus atau dibakar untuk mengurangkan minyak dalam makanan. Minyak dalam makanan merupakan punca pembentukan lemak dalam badan, selain karbohidrat seperti nasi dan kentang.


3. Kawal kuantiti makanan
Amalkan kuantiti suku-suku-separuh dalam satu pinggan. Maksudnya, dalam satu pinggan, separuh dari pinggan adalah sayur-sayuran atau ulam, suku adalah untuk lauk protein seperti ayam, ikan dan daging, manakala lagi suku adalah kuantiti nasi anda. Adalah digalakkan anda menggunakan  anggaran  saiz genggaman tangan anda untuk kuantiti nasi anda.





Sumber : Google


4. Minum air suam
Amalkan minum air suam mengikut formula iaitu berat badan dibahagikan dengan 30. Misalnya, anda mempunyai berat badan sebanyak 60 kilogram, maka selepas dibahagikan kepada 30 akan dapat 2, bermakna badan anda hanya memerlukan sebanyak 2 liter air sahaja setiap hari.


5. Menghidu epal hijau setiap hari
Tahukah anda? Mengikut pendedahan fakta yang dikongsi oleh seorang doktor jemputan dalam rancangan 'My Doctor' di saluran Astro baru-baru ini, menghidu epal hijau juga dapat menurunkan berat badan kita, pernah berlaku individu menghidu epal hijau setiap hari dan dapati berat badan menurun 2kg selepas sebulan. Menurut beliau, ini disebabkan bauan epal  tersebut membantu mengurangkan selera makan kita dan secara tidak langsung membuatkan anda  mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja setiap hari.




Foto Carian internet

6. Amalkan makan buah-buahan
Amalkan buah-buahan untuk memastikan makanan berat yang anda makan dicerna dengan baik. Apabila makanan dicerna dengan baik, secara tak langsung membuatkan sisa perkumuhan dalam badan dibuang dengan baik dan potensi untuk mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Caranya, amalkan makan buah-buahan seperti epal atau pisang dahulu sebelum makan nasi.


7. Bersenam
Bersenam merupakan cara yang paling efektif untuk mengeluarkan peluh dan membakar lemak seperti jogging ataupun turun naik anak tangga sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari . Jika anda tidak sempat memperuntukkan masa untuk bersenam, cuba lah ambil kesempatan di mana-mana sahaja seperti berlari-lari anak semasa hendak ke pantry atau ke tandas atau apa sahaja pergerakan badan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Kalori dalam badan sedikit sebanyak boleh dikurangkan melalui pergerakan aktif tubuh badan kita. Pasti anda akan merasai perubahan dalam masa yang cepat.


Amalkan secara konsisten, tidak mustahil anda akan mendapat berat badan ideal seperti yang diiimpikan dengan cepat tanpa suplemen lain. Selamat mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2018 12:14 PM | Show all posts
Betul tu no 5 tu agak pelik sikit saranannya sebab silap2 nak makan terus buah apple tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 12:33 PM | Show all posts
Dah lama aku dngau tapi tak pernah try....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Epal hijau ni salunya masam, so I don't really like. Tapi kalau hidu je pun boleh hilang 2kg, ha hat tu leh try
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:04 AM | Show all posts
baru tau hidu epal hijau boleh kuruskan badan...boleh beli berkio epal hijau kalau cam gini haaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:34 AM | Show all posts
hidu je, tak makan apa-apa pun hatta epal yang dihidu tu, kompom la kurus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
No 5 tu klu apple merah tak bole ker
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh. Propah. Ko buat water fasting jah dek. Sah2 cepat jah turun berat. Sehari boleh turun sekilo gituh. Takyah bersenam pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2018 07:31 AM | Show all posts
Ada jumpa tips menarik kat dalam blog ni...cara2 yang dilistkan agak mudah je nak ikut..jadikan rule...harap bermanfaat >> https://doktorkurus.blogspot.com ... hingga-10-hari.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:45 PM | Show all posts
pelik jgk tips no 5 tu.. tp doc kate kita terima jela..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.194292 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list