1 China Town, Sydney, Australia. Jun 2007. Pang!... Seketika terasa gelap dunianya.Senyap. Cahaya dari lampu-lampu hiasan jalan untuk sambutan perayaan tanglungyang tadinya cerah berwarna-warni hilang sekelip mata. Dia sempat memandangbelakang sebelum terasa denyutan pedih di bahagian perut sebelah kirinya. “Chae Ran! Chae Ran!.....” jeritan dariseberang jalan memanggil namanya. Terasa sayup-sayup kedengaran. Kelihatanseorang gadis dari seberang jalan berlari cemas ke arahnya. Sebentar tadisebuah kenderaan SUV hitam yang secara tiba-tiba berhenti di laluan melintas,dengan tidak semena-mena melepaskan tembakan. Keadaan yang tenang dengan hanyabeberapa orang yang sedang melintas mengejarkan lampu hijau mulai huru-hara.Masing-masing memegang telefon bimbit. Salah seorang pemuda yang kebetulanberdiri di sebelah Chae Ran tadi mencapai tubuhnya yang perlahan-lahan terkulaidi pinggir jalan. Hidayah panik. Baru sebentar tadi diatersenyum riang melihat Chae Ran di hujung sebelah sana. Dia tak sabar untukmemberi khabar gembira pada Chae Ran. “Help!... Please call an ambulance! Help!..”jerit Hidayah termengah-mengah. Nafas dan peluh sejuk menderu tanpa arah. Darahmula keluar dari tubuh Chae Ran. “Miss, press and hold the wound” arah pemudatadi yang sedang memangku kepala Chae Ran. Hidayah kelam kabut membuka bajusejuknya, menggumpalnya lalu menekannya di bahagian luka Chae Ran. “Chae Ran…. Chae Ran…..” menggeletartangannya yang menekan perut menahan darah dari terus keluar. Air mata teruslaju menuruni pipinya. Tiada respon. SUV hitam meluru laju membelah malam yanggelap pekat. Arahan yang diterima telah dilaksanakan. Tak sampai 15 minit diatelah pun tiba ke destinasi. Tiga orang lelaki sudah siap sedia menunggu.Bangsal yang dari luar kelihatan seperti kilang membuat kicap biasa, bertukarmenjadi bengkel mengecat kenderaan. SUV hitam perlu bertukar ke warna asal,nombar plat kenderaan yang palsu tadi perlu ditanggalkan. Dia perlu memandu SUVtadi ke tempat asal dan memulangkan kunci pada HQ. Dia perlu diam di situ 3hari sementara menunggu cat kering. “Hidayah, kau nampak tak kenderaan yangtembak tu?” soal Inspektor Reynolds yang tiba sejurus selepas kejadian. Hidayahmenggeleng. Inspektor Reynolds memeriksa nadi ChaeRan. Perlahan. Hidayah masih lagi menangis tersedu-sedu dan bahunyaterhinggut-hinggut. Tidak pernah dia melihat keadaan Chae Ran yang selalunyaceria terkulai layu tanpa sebarang reaksi. : : : “Gamsahamnida… “ “Hahaha.. dah lama aku tak guna perkataantu.. Hey.. sudah lah tu” Chae Ran tersenyum simpul. Berdebar. “Alah, biarlah aku nak ucap terimakasihdalam bahasa ibunda kau.. kita mesti ingat asal usul kita… kan?” Hidayahmeleretkan matanya. Manja. “Suka tak?” Chae Ran membelek lenganHidayah. Satu-satunya hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Kehadiran Hidayah.Gelang tangan emas putih tanda cinta dan kasihnya. : : : Ambulanberhenti tadi membingitkan suasana menyedarkan Hidayah dari lamunan. Parapetugas kelam-kabut menyerbu Chae Ran. “Miss, let go of your hand please.” “Oh.. sorry.” Tangan yang berlumuran darahmenahan tadi dialihkan perlahan. Darah masih mengalir laju. Sertamerta Doktormenekupnya dengan kapas tebal. “Do you know him?, you can follow us.” “Kau pergi temankan dia Dayah, biar akucall kakak Chae Ran”. Inspektor Reynolds memang fasih berbahasa melayu. Rupanyasahaja putih mat salleh, tapi ibunya orang melayu johor, ayahnya Inggeris-Australia. Hidayah mengangguk. Inspektor Reynoldstanpa lengah terus menekan telefon bimbitnya. “Jangan bimbang, semuanya akan ok” Hidayah mengangguk, perlahan. “ : : : Prang!.... kaca bertaburan di lantaidapur. Carol mengeluh. Tunduk lalu mengutip kepingan kaca tersebut. “Ouch!...” tercalar sedikit jaritelunjuknya. Dia bingkas bangun mengambil first-aid kit. Menampal plaster dijarinya. Ketika itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Terpapar namaInspReynolds. “Please be calm. Carol, you have to comeover to the emergency ward, Chae Rans involved in an accident” “What?” Carol bingkas bangun dari bangku mejamakan tadi, mencapai beg tangan yang terletak di sebelah peti ais. Dia berlarianak menuju ke lif. Tangannya menggeletar menyebabkan anak kunci berlagamenghasilkan bunyi.. “Hi Carol, why are you crying?” Tegurseorang budak lelaki yang sedang menjinjit plastik sampah hitam. Carol tersenyum kelat. Lebih kurang 20 minit, dia tiba dihospital. Dari jauh dia terpandang Hidayah sedang mundar-mandir di hadapanpintu bilik bedah. Dia berlari mendapatkan Hidayah. Matanya bengkak, tubuh nya terasasakit-sakit. Semua itu tidak lagi dipedulikannya. 5 jam telah berlalu. Chae Ranmasih belum keluar dari bilik bedah. Sesaat itu terasa bahu nya disentuh. Tiba-tibapintu bilik bedah terkuak dari dalam. Hidayah berpusing menerpa ke arah doktoryang keluar. “How’s Chae Ran?” “We’ve done everything we can. Theoperation was a successful, but we have to wait another few hours. He is stillunconscious” “Alhamdulillah” “Thank god.” Carol memeluk bahu Hidayah. “Ohmy god…. Hidayah!” Carol memandang Hidayah atas ke bawah. Bajunya penuh dengandarah. “Are you okay?..” Air mata mengalir laju, getaran padatubuhnya yang masih lagi terkejut masih belum reda. Hidayah terus menceritakansegala yang berlaku. “Hidayah, Chae Ran is still in the ICU,I’ll call you when he wakes up”. Nasihat Carol sambil mengusap lembutlengannya. Carol menghulurkan beg kertas padanya. Sebelum keluar dari apartmenttadi dia sempat menyambar beg berisi baju sejuk yang baru dibelinya semalam. “Aku dah bawa baju sejuk untuk kau.Mungkin kau perlukannya”. Carol tersenyum. Nampak jelas kedutan halus di hujungmatanya. Jarak usianya dengan adiknya Chae Ran yang 10 tahun berbeza membuatkandirinya lebih bersifat keibuan. Hidayahmenyambut tangan Carol perlahan. “Thanks for this” Dia mengangkat begkertas tersebut. Baru dia tersedar yang tangannya berlumuran dengan darah masihbelum dibersihkan. Apalagi dengan tudungnya yang senget dan penuh dengan tompokandarah. Inspektor Reynolds mencatatkan sesuatu ke dalambuku notanya. Beberapa orang pejalan kaki tadi sempat menyaksikan kejadian yangtidak disangka-sangka. Dia mendapat beberapa maklumat penting tentang SUVhitam. Ternyata nombor plat kenderaan yang melepaskan tembakan itu merupakannombor palsu. Sebentar tadi dia telahpun menghubungi ibupejabat untukmemastikan nombor tersebut. Adakah ini hanya tembakan yang tersalahmangsa, atau Chae Ran mempunyai musuh?. Apakah motif si penembak? Dia yang barusahaja habis kerja dan dalam perjalanan pulang terpaksa berpatah semula ke balaipolis. “Honey. Something came up, Just don’t waitfor me okay. I love you”. Cody yang mengangkat telefon tadi mengangguk. Diabaru bersiap-siap untuk makan malam bersama atuk dan neneknya. “Granny, papa said don’t wait for him”.Cody yang baru berusia 9 tahun melabuhkan punggungnya. Di hadapannya sudahterhidang makan malam istimewa. Kek harijadi berlilin sembilan dinyalakan. “Its okay Cody, go ahead and make a wishbefore you blow the candle”. Atuknya yang sudah mencecah 70 tahun memetik lighter. “Granny made you your favourite dish. Ayamrendang with pulut kuning”, neneknya pula mengunjukkan pinggan. “Yeay….. delicious!, but daddy’s nothere”. Air mukanya berubah. “Its okay dear… Nanny will set aside somefor him.” Dia tersenyum lagi. Nampak jelas lesungpipitnya di kedua-dua belah pipi. Berwajah pan-asian, Cody memang berjayamenarik minat anak-anak gadis sekelasnya. Cody Reynolds sering menjadi tumpuan rakan sekelas. Diabukan sahaja bijak tetapi mempunyai perwatakan yang menarik. Seringkali diamenjadi topik perbualan guru-guru di sekolahnya. Terutama sekali apabila adamesyuarat di antara ibu-bapa dan guru. Setiapkali itu, hanya atuk dan neneknyasahaja yang mewakili orang tua Cody. Cody berjaya mencuri tumpuan guru besarsekolahnya apabila mendapat keputusan seratus peratus untuk semua kertaspeperiksaannya, genius walaupun baru berusia 9 tahun. Sayang sekali, hanyakedua orang atuknya yang selalu hadir untuk sebarang mesyuarat. InspektorReynolds sebagai bapa tunggal terlalu sibuk untuk menghadiri apa-apa jemputandari sekolah.
|