CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7368|Reply: 48

[Tempatan] Maahad TAHFIZ Al-Hashimi diperintah bayar RM4.3 juta sebab CUAI, van tiada INSUR

[Copy link]
Post time 23-9-2018 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 23-9-2018 01:16 PM

Maahad tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta



MAHKAMAH Sesyen Kota Bharu, hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta, kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan pada Jun tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail memerintahkan tiga defendan iaitu pemandu van Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25; syarikat van CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, dan ibunya, Jahsuriawany Mustapha, 46, selepas mangsa hilang upaya akibat kemalangan itu.

Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendirian.

Plaintif diwakili peguam, R Kameswary dan Mazlinda Mahmud, manakala pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim diwakili Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah dan Azman.

Muhammad Faiz Hafizuddin yang turut dibawa ke mahkamah hari ini dilihat mengalirkan air mata sebaik mahkamah membuat keputusan itu.

Dalam kejadian 2 Jun tahun lalu, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz terbunuh dengan lima daripadanya maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).

Ketika kejadian, pelajar berkenaan dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.



Sementara itu, Kameswary berkata perbicaraan mengambil masa dua hari sahaja dengan empat saksi dipanggil termasuk ibu bapa mangsa dan pengasas maahad tahfiz berkenaan, Datuk Adnan.

“Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajarnya dan pada hari kejadian, van itu dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan,” katanya.

Bapa mangsa, Mohd Izahir Kassim, 50, ketika ditemui bersyukur apabila keputusan mahkamah memihak kepada anaknya dan sekurang-kurangnya nasib Muhammad Faiz Hafizuddin terbela.

“Duit yang bakal diperolehi ini bukan untuk saya atau isteri, sebaliknya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kos perubatan Muhammad Faiz Hafizuddin memandangkan saya sudah bersara.

“Kos untuk anak saya setiap bulan sangat tinggi dan pembelian susu sahaja sudah melebihi RM1,000. Duit simpanan saya sudah habis sehingga saya terpaksa berhutang dengan keluarga untuk menanggung Muhammad Faiz Hafizuddin.

“Saya mahu membawa anak menjalani rawatan di Hospital Colombia, Shah Alam walaupun doktor memaklumkan peluang untuk Muhammad Faiz Hafizuddin adalah tipis, namun sekurang-kurangnya kami mencuba," katanya.

Pada masa sama, Mohd Izahir kesal apabila ramai yang mengutuk tindakannya memfailkan tuntutan bagi pihak anaknya, sedangkan orang luar tidak tahu apa yang berlaku.

“Pada awalnya saya tidak mahu failkan tuntutan walaupun ramai peguam datang memujuk, namun saya cuba buat tuntutan insurans penumpang, namun tidak mendapat kerjasama daripada pihak tahfiz.

“Malah, peguam juga mahu menyelesaikan perkara di luar mahkamah dengan menuntut RM500,000 dengan pengasas tahfiz, namun Datuk Adnan enggan membayar menyebabkan saya mula memfailkan tuntutan pada April lalu,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 12:20 PM

Pengasas Maahad Tahfiz yang TIDAK ISLAMIK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 01:07 PM | Show all posts
peguam juga mahu menyelesaikan perkara di luar mahkamah dengan menuntut RM500,000 dengan pengasas tahfiz, namun Datuk Adnan enggan membayar menyebabkan saya mula memfailkan tuntutan pada April lalu


ini baru betul2 cash lah kan...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin banyak kes tidak baik melibatkan sekolah tahfiz. Mungkin tuhan nak tunjuk satu per satu golongan penunggang agama. Tapi yg jadi mangsanya pelajar yg tidak bersalah. Semoga keadilan berpihak pada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Settle luar bayar rm500k... sebab ego, selfish, tak nak bayar..
Masuk court terus kena bayar juta2... cash sangat la kan...
Jangan kutip derma atas nama “tahfiz” dan “islam” pulak... penunggang agama sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:43 PM | Show all posts

Woww

Raya tahun depan musti ramai sedara-mara datang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la. Dh boleh tutup pusat tahfiz macam zam cakap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Dari ratus ribu jadi juta. Memang takkan dapat kembalikan adik tu ke keadaan asal sebelum kemalangan but at least boleh bantu keluarga dia dalam menanggung kos rawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu baru satu keluarga. Bagaimana dengan mangsa yang lain yang telahpun meninggal dunia? Barangkali ada keluarga lain yang turut membuat tuntutan mahkamah.

Memang amat memalukan apabila institusi pendidikan mengabaikan aspek keselamatan sehingga tidak memantau pengusaha van yang culas sampai tahap insurans kenderaan pun tiada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup jelah sekolah pondok, tahfiz semua tu...sekolah agama pon kalau boleh tutup je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:24 PM | Show all posts

Hospital Punya

Foxey replied at 23-9-2018 01:54 PM
Padan muka. Dari ratus ribu jadi juta. Memang takkan dapat kembalikan adik tu ke keadaan asal sebelu ...

Rezki ke nih?  Whaaat??
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:47 PM | Show all posts
penguatkuasa agama lesu, psl tak banteras pusat2 cmni.
penguatkuasa lain cam bomba (klu kes kebakaran tahfiz psl xde cf ) pn sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak senyum sinis jah tengok ummah pakat kena cash akibat dok lahap agama arab laknatullah ni dekkkk.... sumpah akak puas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
klu meninggal senang citer even org ckp ko xrse ape yg family mangsa rse..

tp klu hidup lepas tu terlantar cmni sian weihh kt mangsa dgn org tua mangsa.. bertabah la wahai ibu dan ayh.. mampu doa yg bebaik je utk mangsa n family ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:57 PM | Show all posts
awanearisu replied at 23-9-2018 02:18 PM
Itu baru satu keluarga. Bagaimana dengan mangsa yang lain yang telahpun meninggal dunia? Barangkali  ...

alamat tinggal spender lah datuk ni...

tapi aku rasa dia tak kan bayar la... baik dia pindah harta kat anak bini dan declare bankrap atau masuk jel makan free...


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 03:53 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-9-2018 02:57 PM
alamat tinggal spender lah datuk ni...

tapi aku rasa dia tak kan bayar la... baik dia pindah ha ...

kita syak begitu juga. Isytihar muflis dah menjadi satu budaya untuk lari dari hutang.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke tahfiz tu nak bayar 4.3 juta tu? Jgn declare bankrupt dah la ye. Kesian family mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejar akhirat je. Ilmu dunia tinggal. Patut seimbang. Ilmu keselamatan pon xde. Babik sangat la. Kalau bomba tak bagi cf dan orang lain bising, dipanggil liberal pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mangsa & keluarga mangsa mendapat keadilan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-9-2018 02:52 PM
Akak senyum sinis jah tengok ummah pakat kena cash akibat dok lahap agama arab laknatullah ni dekkkk ...

Satu hari kau pulak lumpoh mohon engkau ingat la kepuasan yang engkau ungkapkan hari ini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang wajib dibayar yer Datuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067682 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list