|
Tiada yang tidak pelik degan pentas peragaan fesyen luar negara. Setiap kali diadakan peragaan fesyen jenama terkenal, pasti ada gaya aneh dan menjengkelkan cuba ditampilkan pereka demi meraih perhatian.
Baru-baru ini, label GCDS mengejutkan peminat fesyen apabila memperkenalkan koleksi 'rave-ready' mereka pada model yang memakai payudara prostetik. Ketiga-tiga payudara itu tersembul keluar dari bawah pakaian dalam sukan jenis lycra.
Peragaan itu adalah sebahagian daripada acara Minggu Fesyen Milan.
Foto: Mirror UK
Fesyen aneh itu mengingatkan kepada pelakon wanita berpayudara tiga dalam filem dibintangi Arnold Schwarzenegger pada tahun 1990 iaitu 'Total Recall'.
Kesemua model tersebut melakukan solekan tambahan payudara, memakai but paras lutut, topi neon dan seluar pendek ketat.
Foto: Mirror UK
Mereka memaparkan pilihan pakaian dari koleksi musim bunga/musim panas 2019 jenama GCDS keluaran Itali yang bermaksud 'God Can’t Destroy Streetwear'.
Menurut The Zetty, jenama ini menjadi salah satu daripada jenama paling dinanti-nantikan dan disenangi kerana grafiknya yang ikonik dan slogan yang menarik.
Dengan adaptasi luar biasa pada bentuk badan wanita, jenama ini turut mempamerkan koleksi Pikachu dan Jigglypuff dengan wajah watak kartun itu pada beg dan kasut.
Biarpun pelik, peragaan fesyen itu mendapat perhatian serta pujian daripada peminat fesyen di laman Twitter. - CARI |
|