View: 2318|Reply: 7
|
Tak Sangka Kucing Pun Pernah Didakwa Atas Kesalahan Jenayah! Biar Betul?
[Copy link]
|
|
(Carian Internet)
Sama ada mereka bergaul dengan orang jahat atau membantu ahli sihir melakukan magis, kucing nampaknya mempunyai reputasi yang sangat buruk - sekurang-kurangnya di dalam buku mahupun filem. Ternyata kucing mempunyai masalah yang jauh lebih besar di dalam kehidupan sebenar lebih dari apa yang anda bayangkan! Jom kita baca beberapa siri jenayah yang pernah dilakukan kucing, di bawah!
SI KUCING JAHAT YANG PANDAI MENGARAH
(Carian Internet)
Seorang lelaki bernama James Anthony Shroyer mencuri sebuah kereta dan seterusnya melakukan rompakan bank. Juruwang yang sedang bertugas memberinya kira-kira $1,500, tetapi malang untuk dirinya, dia telah menjatuhkan salah satu kantung duit yang dipenuhi dengan wang ketika dia berlari keluar. Apabila dia cuba melarikan diri, polis mula mengejarnya. Shroyer memberhentikan kenderaannya, memecut ke arah kereta peronda tersebut lalu merempuh kereta itu. Dia terus memandu, tetapi akhirnya hilang kawalan dan kereta polis yang lain terus merempuh dan menahan dirinya.
Apabila polis mengambil keterangannya, dia mendakwa bahawa dia telah dipaksa untuk melakukan jenayah ini oleh kucingnya hampir setiap hari! Kucing jahat itu memberitahunya untuk mencari senjata mainan, mencuri kereta, dan merompak bank. Shroyer kemudiannya dibawa untuk penilaian psikologi, dan dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun.
SI KUCING YANG MERENJAT ELEKTRIK
(Carian Internet)
Pada Mei 2013, seorang lelaki berusia 46 tahun bernama Brett Nash ditangkap selepas isterinya memberi polis rakaman salah satu perbualan mereka. Suaminya cuba meyakinkannya untuk mengambil bahagian dalam beberapa jenayah yang berbeza.
Pelan Nash adalah seperti berikut: Dia mahu menggunakan isterinya sebagai umpan untuk membuatkan seorang peguam tempatan keluar dari rumahnya. Kemudian, dia dan kawannya akan mencekup dan menutup kepala mangsa menggunakan beg dan memasukkannya ke dalam bonet kereta. Mereka mahu memasang bom palsu di dadanya, dan akan memaksa peguam tersebut untuk merompak sebuah bank bagi pihak mereka. Dan kemudiannya, mereka akan mengambil wang tersebut dan membawa mangsa kembali ke rumahnya.
Seterusnya, mereka akan mengisi tab mandi dengan air, dan memaksa mangsa untuk menenggelamkan diri di dalam tab mandi itu. Dia mahu menyalahkan kucing peguam tersebut yang kononnya akan terlanggar sejenis objek elektronik yang akan membuatkan peguam itu terkena renjatan ketika dia berada di dalam tab mandi. Bijak bukan? Tetapi malang, Nash tidak sempat untuk melakukan plot jahatnya itu. Kucing itu terselamat. Nash pula dijatuhi hukuman penjara 20 tahun hanya kerana merancang kejadian tersebut!
SI KUCING HITAM YANG MENARIK NYAWA
(Carian Internet)
Anda mungkin pernah dengar mengenai kucing hitam yang membawa nasib dan petanda yang tidak baik. Suatu masa dahulu juga, ramai yang percaya bahawa kucing mempunyai kuasa ajaib untuk menarik nyawa bayi. Mereka akan duduk di atas dada bayi dan kononnya akan menyedut nafas bayi itu sehingga mati menerusi hidungnya.
Pada 1791, surat khabar The Annual Register melaporkan: "Seorang bayi berusia lapan belas bulan ditemui mati berhampiran Plymouth; dalam siasatan polis mereka mendapati bahawa bayi itu mati akibat kucing telah menyedut keluar nafasnya." Sejak itu, kisah dongeng itu telah diedarkan selama beratus-ratus tahun lamanya.
Ini merupakan kepercayaan tahyul yang dipercayai ramai sekitar tahun 1900-an yang pernah ditulis oleh Ernest Hemingway dalam buku autobiografinya.
SI KUCING YANG PANDAI MENCURI
(Carian Internet)
Di Switzerland, seekor kucing bernama Speedy selalu berkeliaran di kawasan kejiranannya untuk mencuri harta benda di sekitar kawasan tersebut. Dia mengumpulkan sarung tangan, bola, bahkan baju dalam milik jirannya! Pemilik Speedy seterusnya meletakkan notis di sekitar kawasan kejiranannya untuk menghebahkan kepada semua orang sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mungkin angkara kucingnya yang nakal. Dia meletakkan koleksi yang dicuri kucingnya di garaj, dan menanti pemilik asal untuk datang dan mengambilnya semula. Seekor lagi kucing yang bernama Oscar di Southampton, England pula gemar mencuri tetapi kebiasaannya, Oscar amat gemar mencuri seluar dalam wanita!
SI KUCING PEDOFIL
(Carian Internet)
Bagi sesiapa yang membela kucing, mungkin anda pernah melihat kucing anda berjalan di atas papan kekunci dan menaip ayat yang bukan-bukan. Pada tahun 2009, seorang lelaki bernama Keith Griffin telah ditangkap di Florida kerana memuat turun gambar pornografi kanak-kanak. Apabila polis mencari komputernya, dia mempunyai lebih daripada 1,000 imej yang kononnya tidak sengaja disimpan ke dalam komputernya.
Apabila polis meminta kenyataan Griffin, dia menyalahkan kucingnya. Dia berkata bahawa dia sering saja melihat kucingnya berdiri di atas papan kekunci sebaik pulang dari kerja dan entah bagaimana, imej-imej itu terus dimuat turun ke komputernya!
SI KUCING MALANG YANG MELAWAN POLIS
(Carian Internet)
Pada tahun 1922, seekor kucing yang tersesat di New York City memutuskan untuk menjadikan sebuah kedai daging tempatan sebagai rumah barunya. Ramai orang berasa sakit hati dengan kucing ini kerana ia akan mencakar sesiapa sahaja yang cuba mendekati daging yang kononnya merupakan hak milik mutlak dirinya.
Sebagai penyelesaian, seorang pegawai polis tempatan terpaksa menguruskan masalah tersebut. Apabila polis itu muncul, dia cuba mengambil kucing itu untuk membawanya keluar dari kedai. Kucing itu berasa marah lantas terus mencederakan jari pegawai polis tu. Pegawai itu mengeluarkan pistolnya, lalu menembak kucing tersebut. Kasihan kucing itu kerana ia tidak dapat pembelaan yang sepatutnya!
Amboi, kucing pun tidak kurang hebatnya dari manusia, ya? Bukan calang-calang punya kucing. Pernahkah anda menjadi mangsa "kekejaman" kucing? Kongsikan keletah kucing anda yang nakal di bawah ya! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita yang atas kelakar..
yang last sekali sedih pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
da tahu binatang, panggillah jab haiwan. tak pasal pasal tembak kucing. panas baran. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 kucing yg teraniaya,difitnah,dibunuh.kesian kucing |
|
|
|
|
|
|
|
kisah Speedy dengan Oscar tu pernah baca/tengok sebelum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kan ade ri tu kiky kucing si Najib ade org wt troll kiky bakal didakwa sebab makanan kiky dari hasil duit 1mdb..heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Paling nakal yg kucing aq pernah buat ialah curi ikan kt dapur,mak aq bawak kuar dari fridge xdan nk goreng dye dh kebas dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoiilaaa..aku nk trgelak bc artikel nih..sapalaa yg wat cite psl kuceng2 nih {:sing |
|
|
|
|
|
|
| |
|