View: 2819|Reply: 18
|
Budak Tadika Diberi Makan Nasi Penuh Ulat Hitam, Cuka Tamat Tarikh Luput
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak di tiga tadika swasta didakwa telah diberikan makanan basi dan tamat tarikh luput.
Susulan itu polis dan pihak berkuasa pendidikan di Timur China sedang menyiasat mengenainya.
SCMP melaporkan, kontroversi itu timbul 19 September lepas apabila ada ibu bapa menuduh pekerja di Tadika Tongxin di Wuhu, wilayah Anhui, menghidangkan nasi dipenuhi ulat hitam untuk makan tengah hari dan memasak menggunakan cuka yang sudah setahun melebihi tarikh luputnya.
Foto: SCMP
Pihak berkuasa juga melakukan pemeriksaan di Tadika Dedebei dan Tadika Mingzhu, yang dikendalikan oleh syarikat sama selepas mendapat aduan yang serupa.
Hasil siasatan, pengarah sekolah Tongxin dan Dedebei ditahan bersama dengan seorang pekerja yang bertanggungjawab terhadap pemakanan.
Naib Datuk Bandar Wuhu, Chen Shaoguang berkata,
"Kami tidak akan terlepas untuk memeriksa walau satu kafeteria pun, kami tidak akan melepaskan sesiapa yang bertanggungjawab dalam kes ini."
Bapa kepada seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang dihantar ke Tadika Dedebei berkata anaknya mula tidak sihat hanya tiga hari selepas dihantar ke situ.
Foto: SCMP
"Dia mula mengadu sakit perut pada waktu pagi," kata ibu bapa budak tersebut, yang hanya mahu dikenali dengan nama keluarganya, Xi.
"ada mulanya saya fikir ia hanya alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Tetapi sekarang bila fikir balik, ia mungkin disebabkan hidangan makan tengah hari yang dia makan."
Budak lelaki itu mengalami jangkitan perut ringan.
Xi berkata, "Kami hanya mahu anak-anak kami diberikan persekitaran sekolah yang baik. Kami tak mahu mengeluarkan anak kami keluar dari sekolah itu, dia baru sahaja berkenalan dengan rakan-rakan sekelasnya." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nak untung je ke hapa nih? no regards whatsoever ke atas kesan to the kids. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah mesti set set prc kalu news macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bagi budak makan macam tu? sekolah bukan kah ibubapa bayar yuran? jahat! |
|
|
|
|
|
|
|
sampai hati buat budak2 camtuh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan susu formula budak campur serbuk melamine pun deyyollss siap eksport apatah lagi mkanan budak tadika.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kt msia xde tadika wat cmni
Aniaya kanak2 btul la |
|
|
|
|
|
|
|
Bila hidup bertuhankan duit... |
|
|
|
|
|
|
|
teganya dikau
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak2 tu. Nasib baik takda yang teruk. Kejinya tadika tu nak jimat kos punya pasal. Mesti understaffed jugak.
Iols pantang sekolah/tadika/nursery yang tak amanah ni. Tugas diorang jaga budak kot. Nyawa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ceh. ingatkan malaysia tadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..dgn kanak2 pun nk aniaya mcm ni, kesian diorg walau apa bangsa sekalipun, i tak boleh lah dgn budak2 ni, cepat kesian..anak2 syurga tau diorg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|