Ada pakaian lama dan anda tidak mahukannya lagi?
Apa kata hantar saja ke H&M, kerana anda bukan sahaja dapat berbakti kepada alam sekitar, malah dapat reward lagi!
Reward bagaimana tu?
Menerusi kempen tersebut, anda bakal mendapat 15% voucher tau! Ini bermaksud dapat membeli pakaian H&M dengan harga diskaun!
Ikuti langkah tersebut:
 T
1. Setiap bungkus kain (yang dimasukkan ke dalam beg plastik) layak mendapat sekeping voucher. Wow!
2. Hanya berikan bungkusan kain lama itu di kaunter dan beritahu mereka anda mahu recycle. Nanti dapatlah voucher itu!
3. PENTING LAGI! Untuk setiap voucher hanya untuk 1 normal price item, bukan item yang ada promosi. Kemudian, 1 voucher untuk satu barang, bukan satu resit. WOW, berbaloi.
4. Voucher ini ada tarikh luput juga, dalam masa dua tahun.
5. Semua outlet H&M available recycle program ini tau!
APA H&M LAKUKAN DENGAN FABRIK TERPAKAI INI?
Semua fabrik yang dihantar pengguna akan diletakkan dalam garment collection box. Rakan kongsi H&M iaitu I  O akan mula mengasingkan fabrik ini dalam tiga kategori iaitu;
1. REWEAR : Fabrik yang boleh dipakai kembali akan dijual sebagai second hand item atau kata lain, bundle.
2. REUSE: Fabrik yang telah lama dan usang akan dijadikan sebagai produk baru seperti fabrik untuk mencuci.
3. RECYCLE: Fabrik yang tidak boleh dipakai akan diproses menjadi fiber fabrik contohnya insulation cloth.
Sumber : H&M Sustainability
Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu H&M untuk recycle pakaian terpakai anda dan dapatkan voucher percuma! - CARI |