CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1502|Reply: 5

[Tempatan] Isu serban: Raja Petra mohon maaf

[Copy link]
Post time 2-10-2018 08:52 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Penulis blog Raja Petra Kamaruddin memohon maaf kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,  Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan masyarakat Sikh mengenai kenyataannya berkaitan pemakaian serban.

Katanya, beliau dimaklumkan serban Sikh sangat dihormati dan mereka kurang senang jika ada memperlekeh.

"Saya boleh berhujah bahawa kenyataan dibuat bukan penghinaan kepada kepercayaan masyarakat Sikh atau ia bukanlah niat saya.

"Saya juga memohon maaf kepada Amar kerana walaupun saya tidak bersetuju dengannya, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina agamanya," katanya dalam satu kenyataan di blog, hari ini.

Amar Singh sebelum ini mengecam kenyataan  Raja Petra mengenai pemakaian serban olehnya dan mendakwa tindakan itu bersifat perkauman.

Amar Singh menerusi kenyataan di akaun Facebook hari ini mengakui terkejut dengan penulisan Raja Petra bertajuk Pasti serban Amar Singh terlalu ketat yang dimuat naik diblog miliknya pada Jumaat lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Perang' Amar Singh, Raja Petra berterusan]

Sebelum perbalahan itu berlarutan, Amar mencabar Raja Petra membuat laporan polis berhubung dakwaannya tentang wang tunai RM43.3 juta lesap daripada keseluruhan nilai rampasan berkaitan siasatan skandal 1MDB.

Jelasnya dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan tidak mahu ambil peduli dakwaan penulis seperti Raja Petra.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis cabar Raja Petra buat laporan]

Mengulas lanjut, Raja Petra turut memohon maaf kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh deo serta peguam, Amarjit Sidhu.

"Mereka berdua, selain Manjeet Singh Dhillon dan mendiang Karpal Singh, menjadi peguam bela saya dalam pelbagai perbicaraan dan tahan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sepuluh tahun lalu.

"Mereka juga banyak menolong saya untuk tinggal di United Kingdom selepas saya meninggalkan Malaysia pada 2009. Mereka lakukan semua itu tanpa diminta. Saya akan selamanya terhutang budi dengan Gobind, Amarjit, Manjeet dan mendiang Karpal," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 02:14 PM | Show all posts
raja petra ni pun serupa kibod worrior & kita kat porem ni je...

cakap pumpangpumpang, dari seberang laut sana. nak balik sini, idak lerr
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 04:38 PM | Show all posts
lalang betul dia ni...dl ktuk jib skrg kutuk ph...takder pndirian lgsng n tak layak tuk komen pon sebab lari duk luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:43 AM | Show all posts
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:24 AM | Show all posts
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka

Ye ke? padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka

klu ummah suni kaper sentuh skit saja mau dah mcm nak berperang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055330 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list