CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5791|Reply: 39

[Tempatan] Kena Kecam Teruk Selepas Didakwa Hina 6 Anggota Bomba Terkorban, Lelaki Tampil M

[Copy link]
Post time 4-10-2018 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Komander Operasi JBPM daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Roslan Long ketika dihubungi berkata mangsa yang lemas terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa adalah daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Susulan kejadian ini, rata-rata netizen terkejut dengan khabar ini dan turut bersimpati ke atas setiap keluarga mangsa yang terkorban.  Arus deras yang datang tiba-tiba menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal.

Dalam pada kita bersedih dengan tragedi ini, namun ada juga individu yang didakwa tidak bertanggungjawab apabila netizen menyatakan beliau telah menghina operasi menyelamat yang membahayakan ini.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik netizens di laman Facebook, seorang individu dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur keras dengan menyalahkan pihak bomba yang dikatakan tidak ada ilmu sehingga terkorban dalam misi menyelamat remaja lemas malam tadi.

Komen itu walau bagaimanapun mencetuskan kemarahan netizen lain yang menganggap kenyataan itu tidak sopan dan tidak wajar diberikan ketika semua pihak sedang bersedih.

Setelah mendapat hentaman hebat daripada orang ramai, individu ini akhirnya mengeluarkan kenyataan maaf melalui akaun Facebook miliknya menjelaskan rasa kesal yang sekaligus tidak menyenangkan hati semua pihak.

Pun begitu, kenyataan maaf itu disambut dengan kemarahan berganda netizen yang menyifatkan lelaki ini tidak sensitif dengan apa yang telah berlaku.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh babi ni terjun lombong tu pulak cari..dasar sembang kencang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tukar prosedur ke macam mana. Mencari dan menyelamat mangsa yang memang dah lemas. Tunggu keadaan tempat tu lebih tenang sebelum memulakan proses mencari.
Kesiannya ahli keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:44 PM | Show all posts
suruh dia pegi ganti bomba cari budak yang tak jumpa lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang bomba dah tak menyelam dah cari tepi tepi ajer sbb maybe dah hanyt air..suruh si hanat ni cari sekali konon pandai sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan Paskal Thailand pon mati sorang masa misi selamatkan bebudak yang terperangap dalam gua tu dek! Takda ilmu pala hotak kau!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video tu mcm tgh hujan lebat ke.. memang bahaya.. knp x tunggu reda
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:09 PM | Show all posts
bukan dia sorang je menyalak macam ni
ramai lagi aku tengok kena viral tadi
cash!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape id lelaki tu? Ai nk join mengecam dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:30 PM | Show all posts
elok soh dia tlg cari sama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 04:19 PM | Show all posts
jgn la tutup id dia. dia kan gila glemer. bg la seluruh rakyat nmpk mukanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 04:47 PM | Show all posts
Bukan main cakap, main hembus aja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha ko pergi la pulak cari budak tu. hebat sangat katanya kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 05:19 PM | Show all posts
ni kuasa allah..mufti kata iktibarkan mereka syahid..cam pemandu F1 hebat pon bley terbabas jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Finally muncul jgk org bodo bla ada peristiwa sedih cmni.. nk outspoken pon kena lah tmpt.. actually bole bajet dh akn keluar gak makhluk tuhan plg bodoh cmni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tau. Theyols pakai jaket keselamatan pun lemas sama. Seram sangat lombong tu makan nyawa. May theyols rest in peace. One of them is our fellow sarawakians. Sebak je baca kisah perbualan terakhir arwah. Parents orang susah, anak merantau jauh cari rezeki for his old folks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 4-10-2018 05:52 PM
Kesian tau. Theyols pakai jaket keselamatan pun lemas sama. Seram sangat lombong tu makan nyawa. May ...


Humban je dia masok lombong yang sama..  Mulot lancau!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 4-10-2018 05:55 PM
Humban je dia masok lombong yang sama..  Mulot lancau!

Kan.. ikut sedap mulut je ngata org yg dah meninggal. Mulut camni lah yg layak dicabaikan, instead of baby or toddler.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 pegawai atasan ni ada juga yg bagi arahan tak masuk akal..sbb yg akan laksanakan anggota bawahan..atasan main arah je..org bawahan la yg akan sabung nyawa terpaksa ikut jugak arahan pegawai..

Samala kes ni..dlm vid pun nampak..arus dah memang deras n kawasan tu gelap..hrmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorang kecam ahli bomba yg dah tiada..
Sorang kecam pegawai atasan
Sorang kecam bdk yg x jumpa lg
Sapa lg nak dikecam lepas ni

Baca ke tak berita.
Pegawai pn akan buat mortem..
Mufti pn kata ..dh ajal ..

Marilah kita pakat2  terima .yg ajal mereka dah sampai
Dalam masa yg sama..baiki mana yg bole tuk kes2 akan datang

Asal asyik.nak bergasak tunjuk masing2 betul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.476883 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list