Nampaknya kutipan Paskal The Movie semakin hari semakin bertambah sehingga kini telah mencecah RM10.2 juta.
Tidak dapat disangkal lagi kehebatan filem Paskal yang mendapat kutipan diluar jangkaan dan semoga rakyat Malaysia teruskan menyokong filem tempatan.
Foto: IG Nazim Othman
Melihat kejayaan filem Paskal ini, pelakon Nazim Othman pula mendedahkan sebenarnya dia pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem tersebut namun terpaksa ditolak kerana terlibat dengan penggambaran drama Monalisa.
Dia memuat naik pendedahan tersebut di Instagram dan menyatakan lebih 10 tawaran filem ditawarkan sepanjang 2013 hingga 2015 tetapi perlu ditolak atas beberapa komitmen lain.
Namun kali ini dia sudah bersedia untuk mencabar dirinya ke peringkat seterusnya dan dia sanggup berlakon secara percuma jika skrip yang diberikan adalah terbaik.
Moga Nazim masih mendapat kepercayaan mana-mana penerbit atau pengarah untuk menjayakan watak yang mencabar. - CARI |