Ismail Izzani, antara penyanyi BBNU yang kontroversi dengan kisah cinta dan skandal. Setelah terpalit dengan kisah kecurangannya sebanyak enam kali terhadap kekasihnya (kini bekas teman wanita), salah 'park' asetnya dalam program televisyen dan terbaharu isu bersama Zarina Anjoulie, anak teruna Suliza Salam ini sekali lagi mencetuskan tanda tanya apabila bekas teman wanitanya seakan tidak dapat melupakan kisah cinta mereka berdua.
Lebih membuatkan netizen mual apabila Izzani turut membalas komen tersebut. Bagi netizen ia sangat tidak wajar kerana wanita tersebut yang juga insta famous, Sharifah Rose sudah pun mempunyai pengganti, tetapi caranya ...
Kredit foto: IG
Ketika bahagia bersama - Carian Internet
Entah apa yang dimiliki oleh penyanyi Luar Biasa ini hinggakan bekas kekasihnya masih rindukannya serta tidak segan silu menulisnya di ruangan komen. Benarlah cinta itu buta apabila Ismail juga membalas komen tersebut, seperti tiada berlaku apa-apa antara mereka.
Netizen juga memberikan pendapat masing-masing sama ada memihak kepada Sharifah Rose, Ismail atau pun menyalahkan kedua-dua pasangan ini.
Selain itu, netizen juga turut membuat lawak dengan memuat naik gambar Mail dalam kartun Upin Ipin serta gambar Ismail yang lama.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Agak sukar menangani masalah percintaan BBNU ini kerana mereka menggunakan medium media sosial sebagai perantaraan hingga menyebabkan ramai yang tidak sengaja 'membawang'. Nasihat ikhlas ialah kurangkan kontroversi untuk masa depan yang lebih gemilang.- CARI
|