"Bila dah jadi Artis Veteran ni, rupanya dah jatuh nilai."
Pelakon veteran Jalil Hamid meluahkan rasa terkilannya apabila merasakan segala titik peluhnya hingga meraih beberapa anugerah bagaikan tidak dihargai.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa populariti menjadi kayu ukur bagi pembayaran dalam industri seni. Lebih tinggi populariti dan permintaan, lebih tinggi bayaran diterima.
"Aku rasa terhina betul bila ada pihak produksi menawarkan peranan utama dengan bayaran serendah RM1,500 bagi seorang pelakon veteran.
"Mungkin kerana aku tidak tampan mahupun begelar Datuk atau Tan Sri," rintihnya di laman Instgram.
Ekoran itu, ruangan komennya dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada pengikut yang meminta Jalil supaya terus bertabah menempuh dugaan dalam industri seni hari ini.
Malah, luahan hatinya itu turut mendapat perhatian pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau Mat over serta Saiful Apek.
Itulah bezanya 'harga' dengan 'nilai'
Nak tak nak, terpaksa akur...
 Kredit foto: IG Jalil Hamid/Saiful Apek/Mat Over
Jangan sampai habis madu, sepah dibuang. Jangan hanya mengangkat bakat baru atau mengutamakan pelakon yang sedang popular, sedangkan pelakon veteran dipinggirkan. - CARI |