View: 1482|Reply: 17
|
Naik Harga Petrol, Lebuh Raya Tanpa Tol Baru Dapat Dilaksanakan- Tun Mahathir
[Copy link]
|
|
"Sebenarnya saya tidak setuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH)."
FMT melaporkan, pendedahan itu dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamad kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, Indonesia semalam.
Kredit foto: carian internet
Tambah beliau, menifesto itu diwujudkan dengan memikirkan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan. Namun sekarang ianya menjadi beban yang besar setelah PH adalah kerajaan.
Jelas beliau pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan kecuali menaikkan harga petrol.
“Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol.”
Menjelaskan lebih lanjut mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. janji dicapati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kan perintis lebuhraya ni. Mesti la dia lebih arif.
uhuk uhuk... macam bau-bau pan-borneo nak kena tol je. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak atuk kasi naik kotey atuk dulu sebelum atuk naikkan petrol?? |
|
|
|
|
|
|
|
idea dia yg suruh buat tol pastu suruh dia hapuskan.....mmg x ler...... |
|
|
|
|
|
|
|
Cakapla mansuhkan subsidi petrol. Ngok. Disel sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Pru15 nanti ada lagi ka pengundi2 yg nak percaya manifesto mansuh tol, naik gaji minima, pendidikan percuma, turun harga minyak, turun harga barang??
PEMBINAAN lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini adalah beban yang besar.
“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya.
Beliau berkata kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam.
Menjelaskan selanjutnya mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.
“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya. Mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?”
Dr Mahathir berkata, di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehehehehehehehe kona sini kena, kona sana pun kena.
Memang kena ajalah.
Whatever |
|
|
|
|
|
|
|
kutty ni dalam kepala otak konar2 dia janji bukan anwar
lain tu lantak la |
|
|
|
|
|
|
|
Macibai btol..xlama la jangka hayat Pakatan Hancennnggg ni kalu da camni gayanye |
|
|
|
|
|
|
|
sumer kena kencing..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
tobby replied at 12-10-2018 09:17 AM
Pru15 nanti ada lagi ka pengundi2 yg nak percaya manifesto mansuh tol, naik gaji minima, pendidikan ...
Jangan bimbang. Dak2 wichet yang baru habis pt3, pru15 nanti leh ngundi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak.. kalau betul nk hapuskan tol x payah tunggu kerajaan baru.. yg lama pon x mampu hapuskan.. apalah nk diharap dgn yg baru.. hujung2 sama jd mcm dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu perasan yg geng2 yg selalu tuntut janji manifesto ni pun bukannya undi PH pun, mostly just nak kecam jer. But mmg good for check n balance.
Most yg undi PH bukan harap sgt dengan janji manifesto.
Xpe, kalo rakyat x puas hati, 5 tahun lagi boleh undi pilih yg mana suke.
|
|
|
|
|
|
|
|
tok. kalau x setuju pasal tol, nape setuju pulak jadi pm? |
|
|
|
|
|
|
|
alasan atok nak naikkan petrol la tu... bukan x kenal atok punya stail.. suka bagi hint dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|