Kredit Foto: AishaLiyana
Bagi perempuan Islam yang berhijab, sudah pasti mereka akan mempunyai pelbagai koleksi tudung kepala. Mana mungkin mereka hanya mengenakan tudung yang sama setiap hari. Tudung kepala bukan sahaja menjadi tuntutan syariat malah turut menonjolkan gaya dan keyakinan diri selain daripada pakaian yang dipakai setiap hari.
Tudung kepala mempunyai pelbagai warna, jenis dan jenama serta harga yang berbeza. Antara tudung kepala yang menjadi kegilaan ramai wanita ialah jenama Duck yang harga mencecah ratusan hingga ribuan ringgit bagi sehelai tudung. Ia bukan sahaja selesa dipakai tetapi materialnya yang sangat berkualiti dan memberi keyakinan kepada setiap wanita yang memakainya.
Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang seorang Vlogger wanita yang dikenali dengan nama AishaLiyana yang mempunyai begitu banyak koleksi tudung jenama Duck. Dia terkejut melihat koleksi tudung Duck milik wanita itu dan membandingkan dengan koleksi tudung wanita-wanita lain termasuk dirinya yang hanya mampu membuat koleksi tudung yang dijual di pasar malam sahaja.
Kayanya boleh buat koleksi Tudung Duck!
Ramai netizen wanita yang teruja melihat koleksi tudung yang dimiliki oleh vlogger terkenal itu. Masing-masing mengatakan dia seorang yang kaya kerana harga sehelai tudung Duck bukannya murah tetapi ratusan hingga ribuan sehelai.
Wanita mana yang tak mahu tudung Duck?
Tanya sahaja mana-mana wanita, pasti mereka mahukan tudung jenama Duck yang begitu terkenal ini. Netizen turut membayangkan betapa indahnya hidup jika dapat menyarung tudung tersebut di kepala. Lucunya, ada yang siap membuat kira-kira lagi untuk mengetahui jumlah harga semua koleksi tudung Duck milik wanita tersebut.
Netizen cemburu tapi tak mampu
Status wanita ini sudah pasti membuatkan ramai netizen berasa cemburu. Maklumlah, siapa yang tidak teringin memakai tudung Duck yang menjadi kegilaan ramai wanita tetapi apakan daya, bukan semua orang mampu membelinya dan membuat koleksi seperti Vlogger tersebut. Ada netizen yang berkira-kira untuk membeli tudung Duck tetapi perlu mengutamakan perkara lain yang lebih penting.
Sekali pandang macam sama je dengan tudung pasar malam
Tetapi, bukan semua wanita yang ambil kisah tentang jenama tudung yang dibeli dan dipakai. Ada juga wanita yang tidak tahu menahu tentang jenama tudung yang dipakai oleh wanita lain kerana bagi mereka, tudung yang dipakai dilihat seakan sama sahaja.
Jika kalian mampu untuk memakai tudung Duck, apa salahnya kan? Tetapi bagi yang tidak mampu, pakai sahaja tudung kepala jenama apa sekalipun asalkan ia dapat menutup aurat dengan sempurna. Setuju tak? - CARI |