CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4096|Reply: 15

"Lagu 'Pujian Kepada Tuhan Sebelum Kedatangan Islam', Tenang Macam Al-Quran

[Copy link]
Post time 15-10-2018 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan, K-Pop memiliki kumpulan peminat fanatik terbesar di dunia. Malah, banyak berita tidak enak pernah terpampang di dada akhbar mahupun portal berita mengenai peminat fanatik selebriti dari Korea Selatan itu.


Terbaru, salah seorang peminat fanatik K-Pop memuat naik status yang sangat mengganggu di laman Twitter apabila dia mengajak umat Islam mencari ketenangan dengan mendengar 'lagu pujian kepada Tuhan sebelum kedatangan Islam'.

"Tak berdosa, malah boleh dapat ketenangan dengar lagu ini sama macam zikir dan ayat al-Quran," dakwa gadis itu.








Individu berkenaan berkata demikian dipercayai selepas tersalah tafsir mengenai penjelasan daripada penceramah Dr Zakir Naik berhubung maksud 'Hallelujah'.









'Seruan' individu berkenaan bagaimanapun mendapat kecaman orang ramai yang berang dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan mengelirukan sedemikian.




Dia ni okey ke, tak?

"Orang obses macam ni yang boleh buat orang makin benci K-Pop.

"Jangan buat orang keliru dengan kenyataan awak. Bahaya main hentam cakap je, dikhuatiri jatuh murtad," komen netizen.









Beraninya samakan lagu ni dengan ayat suci al-Quran

"Banyak-banyak zikir, kenapa nak guna Hallelujah?" selar netizen.








Selepas diselidiki akaun Twitternya, ternyata gadis berkenaan seorang peminat fanatik yang sudah tahap 'menipu diri sendiri' apabila dia 'percaya' dirinya sedang bercinta dengan salah seorang artis popular K-Pop, Seung Ri.




Kredit foto: Twitter




Gila, bahaya betul peminat fanatik tahap kronik begini! Pernahkah anda berdepan dengan K-Poppers macam ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu persatuan kepop je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jarum2 halus kpop aleluya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 02:13 PM | Show all posts
Sejenis penyembah retis macam kat benang budak oren tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar kpoperz bbnu pprt. Sembahlah ko punya big bang tu sorang2. Confirm bilik budak ni penuh dengan poster & album retis kpop. Siang malam dok memuja kpop fake plastik tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 02:43 PM | Show all posts
pelik betul budak2 zmn skrg....dlu zmn aku gila dgn boy band mat saleh bsb....westlife..nysync xdelh sampai mainkn agama mcm ni...lek2 je hafal lagu...kumpul poster kumpul sticker xde plak aku nk smkan lagu dieorg dgn zikir...skadar duk karok sorang2 dlm bilik je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2018 04:10 PM | Show all posts
sedihnya smpai camnie sekali budak nie boleh pegi.. taksub sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 15-10-2018 04:29 PM

Bodoh.

Hallelujah tu maksudnya PUJI TUHAN (PRAISE THE LORD), lebih kurang sama dengan pengertian ALLAHUAKBAR (ALLAH MAHA BESAR = kata2 pujian terhadap Allah).

Hallelujah @ Haleluya tu berasal dari bahasa Ibrani, ia bukannya lagu.

Jika lagu Hallelujah yang dimaksudkan dalam thread ini adalah lagu dendangan asal Leonard Cohen yang dah berjuta kali dicover umat manusia seluruh dunia, ia sama sekali TAKDA KAITAN DENGAN PUJI-PUJIAN TERHADAP TUHAN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 05:26 PM | Show all posts
beraninya buat statement macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pooperzzz
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:12 PM | Show all posts
ko dah kenapa dik noonnn.. mak kpopers jugak tapi xde la bengap mcm ni.. giler.. nak tau xorg korea ni sebahagian mmg plastik dan ada yang rasis. Ni mesti xpernah pergi Korea lagi.. indah kabar dari rupa diorg ni dik non..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 08:31 AM | Show all posts
kepalo hayah eh budak ni..kang ckp bangang bengap marah...elok ko ni tendang je masuk gaung...haihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 10:03 AM | Show all posts
k poopers mmg ada masalah camni setiap masa ka? hari tu kan kecoh kpoopers islam berhijab buat tahlil baca kitab ayat2 suci kpoop masa sapa ntah mati bunuh diri tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 10:23 AM | Show all posts
MadameOnion replied at 17-10-2018 10:03 AM
k poopers mmg ada masalah camni setiap masa ka? hari tu kan kecoh kpoopers islam berhijab buat tahli ...

aku pon perasan benda sama, kwn aku minat bts sampaikn bertuhankan bts aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 11:31 AM | Show all posts
i pun minat kpop... but please ..., berpijak pada bumi nyata k..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
artis malaysia pun ada jugak.
mentang2 artis tu berhijab,bergelar hajjah
dah tak boleh dicuit waima se sentimeter ya.
habis kecoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056428 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list