Kredit foto: huffingtonpost.co.uk <strike></strike>
Pernah tak pergi library atau perpustakaan semata-mata nak cari bahan bacaan yang korang nak baca atau pinjam, tapi tak jumpa? Atau pun tak tahu dekat rak mana dan aras berapa? Dalam library tu bukan ada 100 hingga 300 buah buku je, ada banyak, macam mana nak cari? Rasa buang masa je. Balik pula dengan tangan kosong, membazir minyak kereta dengan terpaksa tempuh kesesakan jalan raya lagi..haihh..
Hahh, meh sini nak bagitau. Ada orang yang dah tau dan mungkin ada juga orang yang tak tau cara ni. Salah satu cara untuk pastikan yang bahan bacaan yang dicari tu memang confirm ada di library tu adalah dengan menggunakan OPAC (Online Public Access Catalog).
OPAC adalah satu pangkalan data dalam talian yang dikendalikan oleh perpustakaan untuk menyimpan semua maklumat tentang bahan dan koleksi yang terdapat di dalam sesebuah perpustakaan atau bahasa mudahnya dipanggil 'Online Catalog'. Penggunaan OPAC untuk memudahkan pengguna mencari bahan bacaan seperti buku, majalah, biografi, jurnal dan bahan-bahan lain hanya menggunakan peranti dan sambungan internet saja.
Contoh perpustakaan awam yang menyediakan online catalog ni ialah Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) , Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan banyak lagi. Jom tengok cara menggunakannya.
Contoh
1. Klik pada ikon WebOpac
<strike></strike>
Kredit foto: Official Website PERPUSTAM
2. Paparan yang akan keluar. Dekat sini, taip dan pilih bahan apa yang nak dicari. Boleh cari menggunakan tajuk, nama penulis, penerbit atau kalau dah tau sangat maklumat pasal buku tu, boleh pilih 'Any' di bahagian 'Access point', kemudian taip di 'Search text' dan klik 'search'.
Kredit foto: Official Website PERPUSTAM
3. Ni hasil carian yang berkaitan dengan carian tadi. Klik pada tajuk bahan.
<strike></strike>
Kredit foto: Official Website PERPUSTAM
4. Maka, ini lah dia maklumat tentang buku yang dicari. Kotak bahagian atas tu menunjukkan maklumat tentang bahan tersebut seperti tajuk, penerbit, bilangan muka surat dan ISBN. Manakala, kotak bahagian bawah tu maklumat tentang lokasi, status, library classification number untuk dapatkan bahan atau koleksi tersebut.
Kredit foto: Official Website PERPUSTAM
Sekarang dah tak perlu susah hati kalau tak jumpa bahan rujukan untuk buat assignment, presentation dan sebagainya. Harap dapat membantu 'Information seeker' kat luar sana. - CARI |