banyak kembar, kembar dua, kembar tiga kembar 6.
foto ihsan
Subur... wanita umur 40 tahun lahir 44 anak![size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2018 1:47 PM
SEORANG wanita berusia 40 tahun dari daerah Mukono, Uganda digelar wanita paling subur di negara Afrika itu setelah melahirkan 44 orang anak. Mariam Nabatanzi menghabiskan masanya selama 18 tahun untuk mengandung sepanjang kehidupannya selama 40 tahun. Wanita itu telah melahirkan enam pasangan kembar, empat kembar tiga, tiga kembar empat dan beberapa kelahiran tunggal. Daripada 44 anak yang dilahirkan, 38 masih hidup dan kebanyakan mereka masih tinggal bersamanya. Walaupun Nabatanzi adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai keluarga besar, dia masih mampu memberikan makanan yang cukup untuk anak-anaknya.
Kehidupannya tidak pernah mudah. Pada usia 12 tahun, dia berkahwin dengan lelaki yang berusia 28 tahun lebih tua daripadanya, setelah berdepan percubaan bunuh oleh ibu tirinya. Dia mendakwa ibu tirinya itu telah meletakkan kaca yang dihancurkan dalam makanan dan berjaya membunuh empat adik-beradiknya yang lain. Dia terselamat kerana pada masa itu dia tiada di rumah tetapi ibu-bapanya masih berjaya menghalaunya dengan mengahwininya dengan seorang lelaki yang lebih tua yang akan menyerangnya setiap kali dia bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak disukainya. "Suami saya kahwin ramai dan mempunyai ramai anak hasil hubungan masa lalu yang mana saya harus menjaganya kerana ibu mereka entah ke mana," kata Mariam kepada akhbar Uganda, Daily Monitor. "Dia juga ganas dan akan pukul saya jika tak suka apa yang saya cakap."
|