View: 1468|Reply: 9
|
Isu Guna Perkataan Lucah: Bung Mokhtar Minta Maaf, Usul Ditarik Balik
[Copy link]
|
|
Ekoran menggunakan perkataan lucah ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan pada 7 Ogos lalu, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memohon maaf kepada ahli Dewan Rakyat.
Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Berita Harian, tindakan itu dilakukan apabila diberikan laluan oleh Speaker dewan untuk membacakan ucapan permohonan maafnya semalam.
“Sesungguhnya saya memohon maaf kepada dewan khasnya ahli Dewan Rakyat wanita.”
"Saya beri jaminan perkara ini takkan berulang lagi dan dengan rendah diri berharap permohonan saya diterima."
Susulan permohonan maaf itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menarik balik usul mencela Bung Mokhtar yang dijadual akan dibentangkan, semalam.
“Saya dengan ini menerima permohonan maaf Kinabatangan dan berharap Bung Moktar agar mengawal emosinya ketika di Dewan Rakyat selepas ini."
Zuraida berkata, beliau percaya Bung Mokhtar sama seperti ahli Dewan Rakyat lain mahu Parlimen Malaysia mencapai taraf kelas dunia.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menganggap isu tersebut telah diselesaikan sebaiknya.
"Tahniah kepada dua-dua pihak kerana telah meningkatkan dewan yang mulia ini," katanya.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
SO pandai juga dia minta maaf? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis yang cakap dulu, kemudian baru fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang je nak mintak maaf
time berkuasa dulu sorry la
lagi dia cerca ade la
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mencarut ja kerjanya. dahla orang meluat tengok muka tu |
|
|
|
|
|
|
|
buapakperut replied at 19-10-2018 11:19 AM
dia ni mencarut ja kerjanya. dahla orang meluat tengok muka tu
Aku pun nak tulis bnda yg sma..
Mencarut je kejenye..
Jgn masuk dewan parlimen la bung..masuk utan jd tarzan lagi bagussa |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah rupa huduh perangai pun huduh |
|
|
|
|
|
|
|
bung ni.. dari dulu lagi gitu...
huhuhuhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
lah... lepas tak jadi kerajaan pandai mintak maaf...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|