CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3000|Reply: 12

Operator 999 Tak Tahu Bahasa Inggeris? Hingga Mangsa Samun Naik Grab Ke Hospital

[Copy link]
Post time 23-10-2018 11:50 AM | Show all posts |Read mode



Wanita ini disamun dan dicederakan hingga luka bercucuran. Setelah perompak itu lari, wanita ini ke rumah berdekatan kejadian (Bangsar) untuk meminta pertolongan. Namun penghuni ketiga-tiga buah rumah tersebut tidak menolong sebaliknya menghalau dia yang sangat memerlukan bantuan.


Akhirnya, ada individu yang mengenali wanita ini menolong memberikan telefon untuk menghubungi talian kecemasan. Ia tidak terhenti setakat itu kerana dia mendakwa operator tidak tahu berbahasa Inggeris hinggakan terpaksa menaiki perkhidmatan Grab untuk ke hospital. Ada dua persoalan penting di sini iaitu tiadanya keprihatinan segelintir masyarakat kita terhadap kesusahan orang lain dan keduanya ialah operator tidak tahu berbahasa Inggeris?






Kredit foto: Twitter





Menurut pemilik status, dua wanita yang seorangnya pelajar antarabangsa dari Bangladesh, Sushmita Asad dan seorang teman serumahnya diserang pada jam 1.30pagi setelah pulang bekerja separuh masa di sebuah restoran di Bangsar.



Lebih menyedihkan ialah apabila rumah yang diketuknya tidak memberi pertolongan.



Kredit foto: Twitter





"Semua pandai jadi keyboard warrior ja."



Mungkin tuan rumah mempunyai alasan sendiri untuk tidak menolong mangsa namun ini juga menyebabkan penjenayah menjadi raja dalam masyarakat. Jika penduduk setempat tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling membuatkan kejadian ini makin berleluasa. Ini kerana penjenayah juga akan memerhati keselamatan sesebuah tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang serangan. Jika kejiranan tersebut nampak kuat pengawalannya, mungkin penjenayah tidak berani membuat onar.









Kredit foto: Carian Internet




Tidak hanya semangat kejiranan yang dipersoalkan, isu operator yang tidak tahu berbahasa Inggeris turut diperkatakan hingga mangsa putus asa meminta bantuan. Namun ini membuatkan netizen berasa pelik kerana tidak mungkin operator tidak tahu berbahasa Inggeris kerana dia lah orang pertama yang akan dihubungi jika ada sebarang kecemasan. Adakah kerana dialek pengadu yang tidak biasa kedengaran di telinga atau apa cerita sebenarnya?















Kredit foto: Carian Internet




"Aku pernah kerja operator 999, setiap panggilan yang diterima ada 3 soalan basic ja. Kadang-kadang bila caller panik, satu jawapan pun tak dapat. Jangan kata in English, in bahasa pun sama. Biasa part adress tu memang problem kalau caller panic.



Bagi netizen, mustahil operator tidak tahu berbahasa Inggeris. Jika ya, pasti ada silap ketika pengambilan pekerja.




Kredit foto: Carian Internet





Bagaimanapun, isu ini harus ditangani dengan cermat. Dalam isu operator tidak tahu berbahasa Inggeris perlu menyiasat kedua-dua pihak untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Manakala bagi orang awam pula perlu didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sikap ambil tahu dan prihatin supaya penjenayah boleh lupus dari membuat kerjanya. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 03:52 PM | Show all posts
toksahkan time panic...
aku ni kdg2 bekerja dgn team yg dr india...
kalu teleconference ya ampunnnnn.... giler susah nak hadam...
scottish n norwegian punya accent pon susah nak paham tp teruk lg yg dr india...
itu tak panic tu... kalu panic tah cemane bunyik...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:00 PM | Show all posts
agak nye bkn xtau atau xfhm lgsg cuma xfhm dialek / accent si mangsa kot. mcm aku ni xfhm lgsg org dri india ckp english. ya ampunnnnn ssh nye nk hadam. mcm ayam dan itik berckp

tp xblh ke pgl operator lain utk take over call tu?

ini kan emergency.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:01 PM | Show all posts
waz replied at 23-10-2018 03:52 PM
toksahkan time panic...
aku ni kdg2 bekerja dgn team yg dr india...
kalu teleconference ya ampunnn ...

btl tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa bkn operator x paham bahasa inggeris..mgkin slang aku rasa buat operator x paham..kena plak bangladesh..india...cakap english punnade tune india..so mmg kena dengar betul2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:45 AM | Show all posts
3 buah rumah pegi sorg pun xnk tlg, kesian sgt. maybe ambik langkah bjaga2 sb skg modus operandi org nk buat jahat ade mcm2..

tp alangkah baiknya kalau antara 3 rmh tu, boleh tlg contact polis dan tgu polis/ambulans atau mana 2pihak bkuasa dtg ke rumah deols n selamatkan that girl.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 09:59 AM | Show all posts
waz replied at 23-10-2018 03:52 PM
toksahkan time panic...
aku ni kdg2 bekerja dgn team yg dr india...
kalu teleconference ya ampunnn ...

betoi!
yg lagi rasa nak tumbuk muka mereka adalah, confident mati-mati kata kita tak faham english walaupun mereka 'cakap' tanpa accent.

sekurang-kurangnya, org irish or scottish tu, cakap pelan-pelan dgn kita. bagi kita faham butir.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti operator tu melayu..hi..hi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2018 05:59 PM | Show all posts
Kalau rancangan kecemasan omputeh, rakaman call ni memang wa suka sgt la....
Mula-mula dia suruh calm down, cakap satu- satu... operator tu macam dah ada list apa yg dia nak tahu.... biasanya... tempat... siapa ada di situ... mcmana keadaan penelefon... etc etc

Teringin nak dengar rakaman wanita ni dgn operator tu......
teringin nak tahu perkataan apa yg dia tak jelas... dan macamana dia tamatkan perbualan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat korea, jepun.. guna english tak utk panggilan kecemasan. Teringin nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 10:54 AM | Show all posts
accent org indian bila ckp english mmg kena dgr btl2 sikit. kalau time diorg panik lagila x mustahil akan ada communication barrier.

tetiba teringat time listening test baik MUET ke IELTS yg i pernah ambil, dua2 mesti ada speaker indian punya conversation dlm test tu. mmg kena focus btl2 apa yg diorg ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
JAM 1:30 PAGI SIAPA YANG GILA NAK BUKA PINTU???

Aku pun takkan buka. Cukup kalau disuruh telefon 999 saja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 07:20 PM | Show all posts
but the truth is, YES, mmg ramai yg msh anggap english is not important, n YES they are working as customer service. It's a fact
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052070 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list