HUNAN: "Kalau awak ada duit pun, ada saya kisah?".
Itu kata-kata seorang wanita setelah menolak lamaran perkahwinan dari teman lelaki kaya dari Selatan China di pusat membeli belah Plaza di Changsha, wilayah Hunan.
Klip video lamaran itu tular di media sosial kerana pengakhiran kisahnya penuh dramatik.
Memetik portal NextShark, lelaki itu sanggup membeli sebuah kereta Lamborghini berwarna jingga dan menghadiahkan kepada teman wanitanya.
Menerusi klip itu, pelbagai persediaan telah dilakukan di lokasi itu dengan dihiasi belon, jambangan bunga ros merah, percikan bunga api dan sebuah kereta Lamborghini untuk memberi kejutan kepada teman wanita.
"Saya beli kereta kegemaran awak, saya ada duit, saya boleh beli apa sahaja yang awak suka. Kahwini saya!," katanya.
Namun apa jua yang dikatakan oleh lelaki itu tidak didengari malah wanita berkenaan terus beredar meninggalkan lokasi tersebut.
Susulan itu, lelaki terus bertindak membaling jambangan bunga ke arah jurukamera dan memusnahkan beberapa replika di lokasi berkenaan.
Rata-rata netizen bersimpati atas apa yang berlaku namun bersetuju dengan tindakan wanita itu kerana wang bukan segalanya.
Malah netizen tidak terkejut lamaran itu ditolak kerana sikap panas baran lelaki yang dipamerkan dalam klip serta menyatakan kemewahan tidak boleh membeli kasih sayang.
bukan artis je, yang tidak artis pun mata duitan
ramai emak-emak kembang hidung bila anak dapat kawin orang kaya
bangga dapat menantu kaya walaupun perangai macam hantu
yg ni tak malu sgt...yg malunya kat mesia ni banyak yg feling2 "tak mainlah kereta local" cth myvi dia gi tukar logo daihaatsu...wira dan inspira dia tukar logo mitsu lancer...eww malunya kalu aku buat cenggitu..ingat org bodoh ke takleh detect...mesti org cakap berangannnnnnn