View: 2079|Reply: 5
|
Mumia zaman Ptolemaic di Muzium Du Louvre
[Copy link]
|
|
Sejarah mumia selalu dikaitkan dengan Firaun , antarayang paling terkenal ialah mumia Ramses II yang di katakan Firaun yang mati akibat mengejar Nabi Musa menyeberangi Laut Merah.
Di Muzium Du' Louvre, Perancis, terdapat satu mumia yang yang masih terpelihara tetapi menyeramkan. Ianya berasal dari zaman Ptolemaic.
Wajahnya ditutupi topeng yang melambangkan scarab bersayap, iaitu simbol kelahiran semula. Lehernya dihiasi seutas kalung bermanik hingga ke dada, sehelai apron hingga ke kaki serta bekas menutupi kakinya.
Proses mummifikasi dilakukan dengan mengeluarkan otak dan organ dalaman yang mudah mereput. Bahagian2 ini akan dimummiakan berasing dan diletakkan di dalam balang. Bahagian badan yang lompong akan dibersihkan dengan minyak sawit dan diisi dengan pelbagai wangian.
Tubuh kemudiannya disapu dengan bahan kimia dipanggil 'Natron' iaitu campuran sodium carbonate decahydrate, sodium bicarbonate dan sodium chloride, untuk mempercepatkan proses dehidrasi.
Proses diakhiri dengan membalut mumia dengan lapisan linen yang dicelup di dalam resin.
📷 © 1998 Musée du Louvre / Etienne Revault
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amat kemas teknik balutannya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tq @awanearisu.
macam tikar anyaman pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku tengok topeng muka dia macam karipap yang kulit pusing tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ahahah..tu tandanya ko dah lapar la tu..gi makan..
|
|
|
|
|
|
|
|
betul weh
tetiba lapar karipap pusing inti ayam black pepper tu
hmmmmmmn
|
|
|
|
|
|
|
| |
|