CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11915|Reply: 7

Mohon share pengalaman bersalin di Melaka

[Copy link]
Post time 5-11-2018 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua, saya ada jumpa thread yang sama tapi circa 2009, jadi saya harap mod ok kalau saya reopen thread baru.
Saya bakal berpindah ke Melaka hujung bulan ni, dan saya mengandung anak kedua. Oleh sebab anak pertama lahir melalui emergency LSCS, ada kemungkinan anak kedua pun akan melalui LSCS juga. Untuk itu, saya ingin meminta bantuan rakan-rakan forum utk share pengalaman bersalin berserta kos di hospital2 di Melaka.

Berdasarkan website, ini adalah estimated cost utk bersalin di hospital berikut:

1. Hospital Pantai Melaka - Normal RM 3100, LSCS RM 6700
2. Melaka Medical Center - Normal not sure, LSCS RM 6300 - RM 7150
3. Putra Specialist Hospital - Normal RM 2800, LSCS RM 4800
4. GH Melaka - Not sure

My concern is cost published vs actual paid - kalau ada sesiapa yang dah bersalin di mana2 hospital di atas, saya amat berbesar hati jika puan-puan boleh share pengalaman termasuklah actual cost yang perlu dibayar.

Terima kasih daun keladi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 09:33 AM | Show all posts
hi tt.

tak perasan pulak ada thread ni. due bila tt?

i anak kedua haritu bersalin GH melaka, normal and i keje gomen so free je kalau tak silap.

ramai kawan aiols bersalin Putra, setau i sebab cost dia rendah sikit tapi tak pasti pulak berapa exactly. nanti ai tanyakan.

ai skrg tengah preggy anak ke3, plan nya pun taknak bersalin GH dah. huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha finally ada orang membalas. Due di hari raya nanti  

My friend pulak rekemen pergi Oriental Hospital under dr perempuan melayu. Apa tah namanya. Ingat next monday nak try pergi lah. I pun dah call tanya2 hospital. Kawan I cakap Pantai over mahal sikit. So lepas fikir2, maybe I’ll pick Hospital Oriental ni lah.

Hospital Putra pulak terlalu banyak negative online review. Asalnya nak g sana juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
pitera replied at 21-2-2019 09:33 AM
hi tt.

tak perasan pulak ada thread ni. due bila tt?

Oh ye. Kalau dapat rate harga dari kwn2 nanti update ye. Uncle i masuk situ hari tu kata kena kacau dengan angker hahahaha. Siot je buat org ngeri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:47 AM | Show all posts
lululun replied at 21-2-2019 09:45 AM
Oh ye. Kalau dapat rate harga dari kwn2 nanti update ye. Uncle i masuk situ hari tu kata kena kaca ...

hahaha mana2 hospital pun ade pengalaman ngeri kan. tt duk mana?

ai dulu nak bersalin kat kem terendak, tapi kebetulan nak bersalin tu time cuti cny, so mmg pakar kat situ cuti. kena la ke GH. GH okey je, cuma ada certain part handling baby je i tak suka. contoh i bersalin kul 11 pagi, esoknya petang sebelum keluar baru mandikan baby. huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 12:45 PM | Show all posts
pitera replied at 21-2-2019 11:47 AM
hahaha mana2 hospital pun ade pengalaman ngeri kan. tt duk mana?

ai dulu nak bersalin kat kem t ...

I duduk area Durian Tunggal. Ohhhh... I ni bersalin Raya tah ler camno gaya. Anak 1st 3 kali induce langsung tak buka jalan. Sakit je lebih. Tu yang nak ready utk kos czer jugak. GH Melaka nak avoid jugak sebab kakak dan kakak ipar I yg bersalin sana semua komplen kureng sikit. Rasa tak sanggup nak endure dugaan begitu masa hormon tengah haywire.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 01:11 PM | Show all posts
lululun replied at 21-2-2019 12:45 PM
I duduk area Durian Tunggal. Ohhhh... I ni bersalin Raya tah ler camno gaya. Anak 1st 3 kali induc ...

betul-betul. taknak susah hati nanti, kalau rezeki lebih nak cuba swasta pulak. nanti ai update ye tt pasal cost tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NajminYusoff at 4-2-2021 01:32 PM

Hi, Assalamualaikum..

Saja nak share walaupun mungkin yang open thread ni dah selamat bersalin.

Saya pernah bersalin di Hospital Pantai Melaka sebanyak 3 kali (2011, 2014, 2016) dan sekali dia Hospital Putra Melaka pada 2019. Dan saya bakal bersalin lagi pada hujung Mac 2021 di Hospital Putra under pakej bersalin yang telah dilanjutkan dari tahun 2020 (sepatut tamat Dis 2020).

Pengalaman bersalin di kedua-dua Hospital ni sangat ok, takde masalah. Cuma kalau nak dibandingkan dengan Hospital Pantai, cajnya lebih mahal berbanding di Hospital Putra. Jangan compare Hospital Swasta dgn Hospital Kerajaan, mmg la berbeza dari segi caj. Hospital Swasta lain saya tak dpt nak komen sbb takde pengalaman.

Company saya bekerja ada menawarkan coverage bersalin sebanyak RM 2500 (normal) untuk executive, manakala RM 4000 untuk (caesar). So, sejak saya bekerja pada tahun 2004 sehingga kini tahun 2021, coverage ni tak berubah pun, tetapi kos bersalin makin tinggi.

By the way, saya bersalin semua normal. Bayangkan, pada tahun 2011 diHospital Pantai saya dicaj RM 600 tambah sebab lebih RM 600 dari RM 2500. Kemudian, pada tahun 2014, saya perlu menambah sebanyak RM 1400. Kemudian pada tahun 2016, saya perlu menambah RM 2100. Disebabkan tak tahan kena tambah caj yang tinggi, saya cuba beralih ke Hospital Swasta yang lain di Melaka. Ramai mencadangkan Hospital Oriental Straits Melaka dan Hospital Putra. Hospital Oriental jauh dari tmpt tinggal saya di Ayer Keroh. So, saya pilih lah Hospital Putra Melaka. Di Hospital Lutra ni ada pakej bersalin rupanya, pakej bersalin utk normal RM 3200. Tetapi kena book dulu byr deposit yg mana mampu. Kena checkup 2 kali dgn doktor bersalin dan book. Dan bila dah bersalin dan nak checkout, byrla cash atau credit card sehingga RM 3200 ( atau baki bayaran). Then, selepas itu, baru saya claim RM2500 (had coverage) dkt pihak yang provide coverage utk company saya bekerja. So, saya hanya burn RM 700 sahaja.

Untuk Mac 2021 ni pun saya akan guna pakej bersalin yang sama. Pakej bersalin di Hospital Putra yang telah tamat pada Dis 2020 dilanjutkan sehingga kini 2021.

Dilampirkan pamplet pakej bersalin di Hospital Putra. Di Hospital Pantai, saya pernah bertanya, takde pulak pakej2 ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.269374 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list